Rindu...oh! rindu , serindu-rindunya...
|
Berjuta2 umat Islam mengunjunginya, kalau boleh saya pun nak tinggal di sana, nak mati di sana.... |
|
Tempat ini sangat mustajab berdoa' (terutama sekali Multazam dan di belakang Maqam Ibrahim), tidak pernah kosong. |
|
Dulu kita boleh lihat telaga zamzam, siap boleh mandi beramai2 lagi kat bahagian bawah lantai berhampiran Kaabah ..(maksud Madre jirus air zamzam dari atas kepala hingga basah telekung) pun tak apa, tapi sekarang air zamzam mengalir dari paip air biasa di tepi masjid., tak dapat lah. |
|
Telaga mata air zamzam tercipta dengan penuh keajaiban melalui Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang mencari air di gurun pasir untuk anaknya, Ismail. Pencarian Siti Hajar itu berakhir apabila secara tiba-tiba air itu keluar dari celah-celah kaki Ismail. Mata air itu akhirnya menjadi sumber air zamzam dan tidak pernah kering walaupun setiap tahun jutaan umat Islam bukan sahaja meminum malah mengambilnya sebagai buah tangan wajib selepas selesai mengerjakan musim haji atau umrah. |
Fakta tentang keajaiban dan mukjizat telaga air Zamzam di Mekah
- Kedalaman telaga atau paras air Zamzam adalah sedalam 10.6 meter dari permukaan.
- Ianya adalah salah satu mukjizat dan bukti kekuasaan Allah yang wujud hingga ke hari ini.
- Air Zamzam tidak mempunyai warna atau bau, tetapi ia mempunyai rasa yang berbeza.
- Perkataan “zamzam” dipercayai berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir”
- Apabila Zamzam telah dipam secara berterusan untuk lebih daripada 24 jam dengan kadar mengepam 8,000 liter per saat, paras air menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan.
- TETAPI …..Apabila pengepaman dihentikan, tahap air serta-merta dinaikkan semula kepada 13 kaki selepas 11 minit.
- 8,000 liter sesaat bermakna bahawa 8000 liter x 60 saat = 480,000 liter seminit manakala 480.000 liter setiap minit bermakna 480,000 x 60 = 28.8 Juta liter sejam, dan 28.8 juta liter sejam bermakna 28,800,000 x 24 = 691.2 juta liter sehari.
- Jadi 690 juta liter air Zam Zam dipam dalam masa 24 jam, tetapi ia telah dibekalkan semula dalam 11 minit sahaja.
|
|
|
اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ
وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.
Maksudnya :
Ya Allah , sesungguhnya aku bermohon kepadaMu
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment