Siapa mensyukuri hidup akan dikurniai tambahan kebahagiaan yang melimpah.
Sebaliknya, yang menolak untuk mengakui nikmat Allah akan menuai penderitaan.
La in Syakartum La Azidannakum Walainkafartum Inna'Azabi Lasyadiid |
Majlis Makan Malam dan Hari Keluarga anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka |
Bersama anak sulung, Madre pergi menghadirinya semata2 untuk menerima sumbangan bagi pihak anak bongsu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Politeknik Johor Bahru |
Sambil menyelam, sambil minum air. Jangan sampai lemas pula, sudahlah ya!! Ada orang dah belajar2 nak jadi ibu mithali |
Tujuh soalan perlu dijawab |
Lain pula ceritanya dengan Roy, nak jadi usahawan memang kena tebalkan muka...gitulah anak sulung Madre ambil peluang mengedarkan borang soal selidik Insuran Takaful (jadi ejen ke Bro?) |
Hadiah hamper pun dapat |
Macam ni le keadaan Madre masa diumumkan sebagai pemenang tempat ke dua Hadiah Utama tu, terbeliak biji mata macam kucing Madre.. SEMAKIN BANYAK KU BERSYUKUR, SEMAKIN BANYAK KU MENERIMA |
No comments:
Post a Comment