Monday, July 23, 2012

Sakit Adalah Penghapus Dosa

Kita kerap membaca penderitaan pesakit teruk atau kronik di media. Antara alasan mereka tidak menerima rawatan kerana kosnya yang tinggi. 
Apakan daya,bagi mereka yang tidak berkemampuan hendaknya bersabar  dengan ujian  yang Allah turunkan kerana pasti ada ganjaran.
(¯`*•.¸☆♥  ♥☆¸.•*´¯)
Sumber dari: ArtikeLMotivasi


بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tidak ada orang yang ingin ditimpa sakit. Namun begitu, ternyata ada maksud yang tertentu dari Allah atas penyakit yang diderita hamba-Nya. 
Dalam buku Panduan Menghadapi Sakit dan Kematian karya Ahmad Yani, disebutkan terdapat 5 keutamaan sakit menurut Islam:

1). Menghapus Dosa

Ini merupakan keutamaan yang besar dari Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan sakit yang diderita oleh seorang muslim, dosa yang pernah dilakukannya akan terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya, Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari)

2). Memperolehi Pahala Dari Amal Kebaikan Yang Biasa Dilakukannya Diwaktu Sihat.

Hal ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi kerana dia dalam keadaan sakit. Contohnya, kalau kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita kan mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya. Malah malaikat akan berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, tapi Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid. Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Apabila salah seorang hamba sakit atau bepergian (safar), maka Allah mancatit pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya sewaktu ia tidak bepergian atau sihat.” (HR. Bukhari)
Di dalam hadis lain, Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas:

“Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catitlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (HR. Abu Hanifah)

3). Memperolehi Pahala Kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan. Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, kecuali Allah mencatit baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (HR. Bukhari)
Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Barangsisapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(HR. Bukhari)

4). Memperolehi Darjat Yang Tinggi di Sisi Allah Subhanahu wa ta'ala.

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, bila seorang muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia akan dapat memperolehi darjat tersebut dengan musibah atau penyakit yang dideritanya. Contohnya, mati syahid yang merupakan mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia akan mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya. Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Wabak adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap muslim.”(HR. Bukhari)
Di dalam hadis lain, Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencobanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (HR. Thabrani)

5). Memperolehi Ganjaran Berupa Syurga

Manakala jika seorang muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran, misalnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitanya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah Sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (HR. Ahmad)

Namun demikian, meskipun sakit itu tidak menyenangkan, sakit merupakan ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya. Oleh kerana itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif. Kalau kita selalu berlaku positif, maka hal positif tersebut Insya Allah akan datang kepada kita. 

Contohnya ketika sakit, kita berfikiran positif dan berbicara pada diri sendiri bahawa kita akan sihat, kuat dan sabar. InsyaAllah, kita kan cepat sembuh.

Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan dari Allah.

Aamiin ya Rabbal'aalamiin


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...