Idea yang sangat baik untuk mencantikkan persekitaran jabatan tanpa menggunakan wang peruntukan yang besar....hmmmm, satu cara mudah ialah bergotong royong.
Dalam kepenatan pun semua kakitangan boleh tersenyum..... dari peringkat bawahan hingga ke atasan saling berganding bahu |
Hasilnya sangat berbaloi-baloi...kawasan persekitaran pun indah dan ceria di mana-mana
Mengutamakan semangat bekerjasama tanpa mengira pangkat adalah penting dalam hidup bermasyarakat . Dengan gaya kepimpinan yang baik, kita semua bertungkus lumus bekerja dengan rela hati dan ikhlas menumpahkan keringat.
Malangnya Madre merasakan keadaannya kini semakin berubah, macam-macam penyakit menular ..... serang-menyerang sesama anggota jabatan, sakit-menyakiti hati rakan dengan seribu satu macam sebab dan alasan.
....sedangkan dosa menyakiti hati sesama muslim seolah2 sama dengan dosa meruntuhkan Kaabah. Na'uzubillahi min zaalik.
525948_431624396868509_197273150_n.jpgEntah apa nak jadi selepas ini....
No comments:
Post a Comment