Madre Amor really respect pada pendirian seorang kenalan, bila baru2 ini ditemui disuatu majlis perkahwinan....fuuhhh!!! beliau telah berpurdah. Dulu hanya bertudung biasa, pakaiannya pun uniform jururawat...siap dengan seluar dan baju berlengan pendek.
Haiiii,hai..hai.....really confused kini... sebab sejak zaman muda2 dulu Madre difahamkan pemakaian purdah hanya menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan boleh menimbulkan fitnah. Itu pun tertakluk kepada wanita yang berwajah rupawan dimana lelaki akan melihatnya dengan syahwat (maksudnya wanita yang sangat cantik dan menggoda) sahaja lah . Bagi yang berwajah biasa2 macam kita ini tidaklah diwajibkan. Itu dulu2...zaman sekolah dan universiti dulu memang macam itulah yang dikabarkan oleh para ustaz-ustazah. Tapi bila terbaca beberapa pendapat yg siap dengan rujukan para ulama, rupa2nya lain pula sebenarnya.., terpaksa terima hakikat kebenaran walaupun masih jauh untuk sampai ke tahap IMAN bak mutiara.
Istighfar banyak2,أستغفرالله أستغفرالله أستغفرالله
Mohon Allah ampunkan diri ini, rasanya memang belum mampu lagi..
Pakaian macam inilah yang sempurna bagi muslimah solehah |
Pendapat Muktamad Mazhab Syafi’ie
Aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi.
1. Asy Syarwani berkata:
“Wanita memiliki tiga jenis aurat,
(1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan,
(2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad,
(3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat.
Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
(klik sini) pendapat lain2 mazhab
No comments:
Post a Comment