Madre keliru bila ada orang kata capati is better than roti canai, betul ke? Mungkin sebab kurang kalorinya.
Tapi kali ini Madre nak kongsi pengalaman pasal peminat capati yang ketageh sampai tak mengira macam mana pun rupa tempat dan siapa penjualnya.
Pengalaman ini berlaku sewaktu pulang dari urusan kerja di Cameron Highland pada hari Jumaat lalu 1June 2012. Kawan2 Madre ajak pi pekena capati di sebuah warong (bawah pokok) tak jauh dari Pekan Tapah, Perak.
|
owwhhh..masyaAllah!!!.rumput dan semak-samun disekeliling warongnya |
|
majoriti pelanggan berkulit gelap, macam non-muslim aje...entahlah! |
|
hahh!!begini le rupenye persekitaran warong, Madre ambil gambar dari dalam kereta |
|
tak tau le Madre apa keistimewaan capati di warong tersebut, |
|
Madre duduk je dalam kereta, tunggu mereka .. huhhhh!!!rasa seram pun ada |
|
Madre curi2 ambil gambar pemandu, Jangan marah bro!! dah kenyang le tu....makan hasil air tangan Abang Benggali ye? |
|
Apa kata kalau kita buat je sendiri chapati macam ni, ? Dijamin Halal dan Suci TERBAIK...JOM!! |
google2!! cari resepi CHAPATI
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 225 gm tepung atta
- 1 sudu besar minyak sapi
- 125 ml air suam
- Secubit garam
- Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada chapati
- Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai
Cara-cara
- Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/lembab dan biarkan selama 30 minit.
- Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
- Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.
- Panaskan kuali. Letak sekeping doh. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
- Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada chapati menggunakan sudip/spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
- Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
- Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan chapati lembut.
- Hidangkan dengan kari atau kuah kegemaran anda.
sumber dari myresipi.com
No comments:
Post a Comment