Thursday, June 28, 2012

Heart Trouble

(Heart trouble) 
The warning signs and symptoms of a heart attack aren't the same for everyone. Many heart attacks start slowly as mild pain or discomfort. Some people don't have symptoms at all. Heart attacks that occur without any symptoms or very mild symptoms are called silent heart attacks.

                        Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit Penyakit Kronik

Wednesday, June 27, 2012

Astaghfirullah, ampunilah kami ya Allah

Astaghfirullah, astaghfirullah. astaghfirullah......
Tak  terkata apa , Madre rasa macam nak pitam bila tengok dan baca berita ni.....ada manusia makan janin.
Manusia telah hilang pedoman, hilang akal dan lebih kejam dari haiwan apabila tidak ber IMAN.
Sumber dari:
https://www.facebook.com/nazri.khalid.961

Apakah mungkin kiamat  semakin mendekati kita? Ya Allah, bila menyaksikan (tanda2 kiamat)  rasanya sangat tidak termampu untuk menghadapi saat itu, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah....
Matikan kami dalam IMAN

Tuesday, June 26, 2012

Bersin? الحمد لله...

الحمد لله
Semasa bersin,  tubuh akan mengeluarkan 100,000 kuman atau bakteria ke udara. Menurut John Pan, MD, ketua Pusat Perubatan Integratif di George Washington University Medical Center,... bersin yang ditahan akan menyebabkan bakteria tersebut  masuk semula ke dalam rongga hidung dan kanal telinga dan boleh menimbulkan infeksi bagi tubuh kita.
(Lagi Fakta tentang bersin)
Manusia bersin dengan kelajuan >100 kilometer sejam
Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda.
Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat semua, semasa bersin  semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan jantung akan terhenti.
Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin. Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik ♥

sumber dari:
HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)

Emel PPIM

BERHATI HATI MENGGUNAKAN KOMPUTER DI LUAR (Klik)




Dear page members, If you visit a cyber cafe and find any black pin attached to your CPU as 
shown in the picture, kindly do not use that system. This pin is actually a
connection which saves  all your data you enter in the system.

Thus it's a risk to your privacy over internet. Risk to your email account 
password, facebook password, intrnet banking account passwords or any
data you enter.
It's a hardware keylogger & is very powerful. It records each and every 
action of your system. 

Sunday, June 24, 2012

Amalan untuk melumpuhkan syaitan

SELAMAT BERAMAL 

Jom kita baca  al-Quran....

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.


۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari 

     

     Kiamat.


۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT  

    

    pada hari kiamat.


۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau

    fakir.


۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.



۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika



     menghadapi kematian.


۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq

.

۞ Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


    

 


Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus
stroke.

“Sharing the Burden”

Idea yang sangat baik untuk mencantikkan persekitaran jabatan tanpa menggunakan wang peruntukan yang besar....hmmmm, satu cara mudah ialah bergotong royong. 




























Dalam kepenatan pun semua kakitangan boleh tersenyum.....
dari peringkat bawahan hingga ke atasan saling berganding bahu









                        Hasilnya sangat berbaloi-baloi...kawasan persekitaran pun indah dan ceria di mana-mana


Mengutamakan semangat bekerjasama  tanpa mengira pangkat adalah  penting dalam hidup bermasyarakat . Dengan gaya kepimpinan yang baik, kita semua bertungkus lumus bekerja dengan rela hati dan ikhlas menumpahkan keringat.
Malangnya Madre merasakan keadaannya kini semakin berubah, macam-macam penyakit menular ..... serang-menyerang sesama anggota jabatan,  sakit-menyakiti hati rakan dengan seribu satu macam sebab dan alasan.
....sedangkan  dosa menyakiti hati  sesama muslim seolah2 sama dengan dosa meruntuhkan Kaabah. Na'uzubillahi min zaalik. 

525948_431624396868509_197273150_n.jpgEntah apa nak jadi selepas ini....




Why “Anticlockwise”?

  


1) The BLood inside the human body begins its circulation “Anticlockwise”
2) The electrons of an atom revolve around its nucleus in the same manner as making Tawaf, in an anti-clockwise direction.
Considering the globe as a whole, you will notice that:
3) The moon revolves around the earth anti-clockwise.

4) The earth rotates around its own axis in an anti-clockwise direction.
5) The earth revolves around the sun in an anti-clockwise direction.
6) The pLanets of the Solar system revolve around the sun in an anti-clockwise direction.
7) The Sun along with its whole Solar system orbit in the galaxy in an anti-clockwise direction.
8) All the galaxies orbit in the space in an anti-clockwise direction.

ThaT is:
When we revolve around the Ka’aba we are orbiting in the same direction as the whole universe. 

Worshipping Allah in one direction. 
Praising Allah in one direction. 
And all the creations of Allah from the tiniest particles, to the largest galaxies, along with the human race unite in praise of Allah.

 

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Arab Hadramaut

(sumber)



 klik sini.
Nasi Arab Hadramaut ini berwarna kuning dan ayamnya merah sedikit ,dimkn dgn sos salatah dan timun. Di masak menggunakan minyak jagung dan air rebusan ayam. Cara masak lebih kurang macam nasi ayam tp ayam direbus bersama bahan2 rempah, air rebusan kemudian guna utk masak nasi. Ayam pula dibakar. Nasi Arab ni mmg mkn tanpa kuah..

Zaafaran mungkin boleh diganti dg serbuk kunyit/pewarna kuning dan melllah farolah dg pewarna merah...campurkan dulu dg sikit air pewarna berkenaan sebelum digunakan. kalau nak tengok step by step boleh tengok sini.

Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya

Bahan2 utk ayam dan nasi 
2 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 cawan beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato saiz kecil yg masak - potong dadu
2 biji labu bawang besar saiz kecil - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

*Rempah A - utk masukkan terus dalam air rebusan ayam 
5 biji buah pelaga, 3 bay leaf,3 btg kulit kayu manis, 5 cengkih, 1 sb ketumbar(debu)/tumbuk,1 sb lada hitam debu(boleh tambah kalau nak pedas),1 sb jintan putih(debu)/tumbuk.

**Rempah B - utk ditumis kemudian.
sukatan sama spt di atas.

1/2 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
1 sk serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik- boleh ganti pewarna merah
1/2 cawan minyak jagung

Cara
1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. Bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap)
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan buah tomato dimasukkan dlm periuk ayam.
3. Masukkan *rempah A ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam dgn api yg sederhana kuat.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.Susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.
6. Masukkan **rempah B yg digunakan., 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk lain/kuali.
7.Kemudian barulah diisikan 1/2 cwn minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.
8.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih. gosok2 dg tangan....beras ni kuning sikit warnanya
11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan sikit serbuk za'afaran dan mellah farolah/pewarna merah.
13. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.
14. Nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.
15. Campurkan 1/3 cawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi, diletakkan bersilang secara X atas nasi.
16. biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.
17. kemudian baru dikacau rata nasi dg garpu atau chopstick.biarkan sekejap.
18. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.tutup periuk dg aluminium foil utk bagi nasi masak, barulah tutup dg tudung periuk.boleh tutup api.biarkan seketika.
(edit sukatan rempah A & B dan sikit step no 6&7- 9.6.2012)

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - mama guna suhu 200' C.
2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah(serbuk pewarna merah).Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.
3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.


Ayam dah direbus hampir masak jadi tak perlu bakar lama2

Cara untuk sos salatah dan zabadi
Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.
zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


zabadi ni mcm coleslaw tp guna yogurt


Sos salatah

Teknologi Hijau

gtower

Menara Emkay

Teknologi Hijau tidak ada kaitan dengan tanaman. Ianya adalah berkaitan dengan pembinaan bangunan dan kegiatan industri. Teknologi yang digunakan adalah untuk mengurangkan pembebasan gas karban dioksida yang boleh menyebabkan 'global warming' dan mengelak dari menggunakan gas-gas yang boleh menipiskan lapisan ozon, yang mana boleh mengakibatkan cuaca buruk dan tak menentu.

Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
●          Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
●          Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
●          Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui rujuk:http://sekolah41.tmmelaka.com.my
Kita tau dunia sedang menghadapi dua cabaran utama dalam bidang tenaga iaitu bekalan tenaga yang tidak mencukupi dan mahal serta kesan negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar.


Contoh bidang berkaitan teknologi ”hijau” 

Tenaga 
Mungkin merupakan masalah yang paling mendesak untuk mewujudkan teknologi hijau. Ini termasuk pengembangan bahan api alternatif, yang merupakan kaedah baru untuk menghasilkan tenaga dan kecekapan tenaga.

Bangunan hijau

Bangunan hijau meliputi semua aspek daripada pemilihan bahan binaan sehingga tempat bangunan tersebut berada.(klik)

Persekitaran lebih suka membeli
Ini merupakan inovasi kerajaan yang melibatkan pencarian  produk yang kandungan dan kaedah pengeluaran mungkin mempunyai kesan yang terkecil terhadap alam sekitar, dan mandat bahawa ia merupakan produk pilihan untuk pembelian kerajaan. 

Bahan Kimia hijau
Penemuan, desain dan aplikasi produk kimia dan proses untuk mengurangkan atau menghilangkan penggunaan dan pengeluaran bahan berbahaya.

Nanoteknologi hijau

Nanoteknologi melibatkan manipulasi bahan pada skala nanometer, iaitu bersamaan dengan satu bilion meter. Sesetengah saintis percaya bahawa misteri perkara ini pada masa akan datang, yang bakal mengubah kaedah pengeluaran semua benda di dunia ini. cara bahawa segala sesuatu di dunia ini dicipta. ”Nanoteknologi hijau” adalah penerapan bahan kimia hijau dan prinsip-prinsip kejuruteraan hijau dalam bidang ini.

Kesimpulan
Era teknologi hijau merupakan satu trend yang tidak dapat dielakkan untuk mengurangkan kesan pemanasan global di dunia kita sekarang.

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/612-pengguna-hijau-untuk-kelestarian-alam-sekitar

Monday, June 18, 2012

Bagai Pungguk Rindukan Bulan

Pohon kunyit pohon halio
Obat medu ulu hati
Bule di langit pudar cahayo
Pungguk merindu sapa mati (sumber)


Top 5 Most Visit Beaches in Asia


1. Havelock Island Beach – Andamans
(photo: Superbwallpapers)

2. Saud Beach – Philippines

(photo: Bihalio)

3. Ko Adang – Thailand

(photo: Beach Thailand)

4. Bentota – Sri Lanka

(photo: Panoramio)

5. Yalong Bay – China

Sunday, June 17, 2012

Kisah Panda..Fakta atau Auta

Beruang Panda memanglah comel, debab dan gebu...sebab tu semua orang suka. Tak dapat yang ori, patungnya  pun jadi rebutan anak2 di rumah. Hurmmm..memang sedap  dipeluk buat bantal.
Mohon izin pinjam gambar dari: 
http://cisdel.com/2011/02/24/gambar-panda-buat-aksi-yang-pelik-dan-comel/
Panda banyak hidup di kawasan pergunungan, seperti Sichuan dan Tibet. Pada akhir separuh abad ke-20, Panda menjadi lambang kebangsaan bagi Republik Rakyat China, dan sekarang digunakan dalam syiling emas Republik Rakyat China.
Salah satu makanan kesukaan panda adalah daun bambu. Allah menjadikan panda pintar memanjat agar ia dapat memanjat pohon yang tinggi untuk mencari makanan.
                                     

Madre terbaca kisah Kerajaan Malaysia yang terpaksa menanggung kos sebanyak RM38 juta untuk membina rumah bagi 2 ekor beruang panda yang di  bawa masuk  untuk dipelihara di negara kita. 
Kos rumah itu melampau tinggi, sebab perlu disesuaikan suhunya supaya tidak melebihi 18 darjah Celcius mengikut keadaan negara asal.Makanannya berupa buluh yang perlu diimport dari negara China dan disimpan sejuk beku dibawah -5 darjah. Mampu sangat kalau kos tersebut ditaja oleh individu jutawan yang dah tak terhabis2 duitnya sampai tujuh keturunan...tapi malangnya dikabarkan kos tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. 

Beruang ini perlu dijaga dengan rapi selama 24 jam oleh pekerja “mahir” . pekerja tempatan tidak layak. Seramai 31 orang pekerja dari negara China perlu tinggal di sini. Segala sara hidup, gaji, emolument dan penginapan perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kalau nak cuti balik kampung kosnya juga ditanggung oleh kerajaan Malaysia.(sumber)

Madre terkedu dan terkilan baca kisah ini.Macam tak nak percaya sebab kita semua tau yang rakyat jelata berpendapatan rendah sedang terhimpit dengan kesusahan mencari rezeki, nak membeli susu anak dan keperluan harian pun ada yang terdesak sampai mencuri.....(di tempat kerja Madre pun berlaku kejadian hilang barang2 berasaskan besi, logam copper dsb).

Adakah ini satu auta atau fakta yang sahih ? memanglah  sangat sedih dan mengecewakan....wang rakyat dibelanjakan dengan bermewah2 sekadar untuk memenuhi kehendak segelintir puak.


Saturday, June 16, 2012

Allah is sufficient for me...


Allah (SWT) is sufficient for me and He is the Best Helper. 
حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم
حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

حسبــي الله لا إله إلا هو عليه توكّــلتُ وهو ربُّ الـعـرش العظــيم

Thursday, June 14, 2012

Ucapkanlah, ucapkanlah..

Hanya Allah pemberi cinta sejati...
Hanya Allah  yang selalu menemani...
Hanya Allah Sang pemilik hakiki...
Hanya Allah yang membuat hidup ini berarti...
Hanya Allah jua yang menentukan HIDUP dan MATI...

Tuesday, June 12, 2012

PTI Short Visit

Untuk tuanpunya (belog ini) Hasil kerja anda boleh dikira okey jugalah  for a  beginner, walaupun dibuat tergesa-gesa . Inilah kisahnya......
Pada suatu hari yg cerah, indah dan murni...dalam bercuti2...Madre terpaksa bawa  seorang pelawat dari UPM yg belajar TESL  tapi perlu menyiapkan assignmentnya tentang poultry. Waktu itu dah tengah hari dan semua pekerja dah tak ada di ladang,entah rehat ke pergi lunch atau dah beradu kowtt....
Hakikatnya...tidak boleh disangkal lagi memang apa benda pun yang sepatutnya perlu dibuat secara berkumpulan tetapi terpaksa dilakukan sendirian secara tergesa-gesa, tak sempat di semak utk diedit ,dowhhh... memang macam ni ler. 
hurmmmm...Tak apa lah nak, jadikan ini sebagai pengalaman pertama anda.

Lain kali, kalau nak masuk ladang memang perlu berpakaian khas yang disediakan. Tapi , hari itu, disebabkan dah time rehat, pakaian ladang yg ditemui di almari Unit Biosekuriti pun hanya tinggal sehelai sahaja, jadi....itulah yg terjadi, ada orang yang telah melanggar peraturan.. (masuk reban ayam dengan pakaian sendiri). Kalaulah  Dr. Lo atau Pengarah tau perkara ini, ye, ampuunnnn paaak!! habis lah Madre Amor....













Monday, June 11, 2012

Aurat ; Purdah ' Niqab '

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=35

Madre minat dengan cara penyampaian UAI ..


Siapakah sebenarnya UAI ni?

Biodata Ustaz Azhar Idrus – Sejarah Hidupku

Admin ada salin semula secara ringkas tentang biodata Ustaz Azhar Idrusberpandukan penceritaan Al-Fadhil Ustaz sendiri.. Apa yang admin suka tentang Ustaz Azhar Idrus, bilau amat merendah diri orangnya.. :)
Latarbelakang pendidikan Ustaz Azhar Idrus: Sekolah Sultan Sulaiman. Sekolah Rendah dan Menengah di Sekolah Inggeris, tidak pernah belajar di mana-mana Sekolah Arab, Sekolah Pondok Madrasah atau sekolah agama. Beliau mula menuntut ilmu agama bermula pada tahun 90-an.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Sumber: UstazAzhar.Net
Gambar keluarga Ustaz Azhar Idrus (Sumber):


Erm, itu sahaja secara ringkas yang dapat Admin catit mengenai pendidikan Ustaz Azhar Idris. Tentang perihal keluarga, asal, umur Ustaz Azhar Idrus dan sebaginya Admin tidak pasti. Jika ada maklumat lain Admin akan senaraikan dalam post ini pada masa akan datang, insya-Allah.
Jika anda ingin mengetahui update atau kemaskini tentang Ustaz Azhar Idrus anda boleh melayari blog beliau di UstazAzhar.Net
PS: Sama sahaja blog UstazAzhar.com, ia akan redirect ke blog sebenar.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...