Madre sebenarnya dah penat sangat asyik nak leterkan anak-anak supaya janganlah menghadap komputer sahaja 24/7 sampai tak ingat nak bersenam, nanti kamu jadi "penternak kolesterol".
Walaupun istilah itu tidak tepat, tapi ianya cukup mengerikan kalaulah anda mengambil serius tentang akibat dari berlebihan kolesterol dalam badan.
Kolesterol adalah komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti mentega, kuning telur dan sebagainya.
Apa itu kolesterol tinggi?
Kolesterol yang tinggi di dalam badan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Setiap manusia mempunyai kolesterol di dalam badan. 80% kolesterol berada di dalam badan kita dan 20% lagi di hasilkan melalui pemakanan kita.
Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh badan :
a) LDL ( Lipoprotein low-density ) -Jika tahap LDL di dalam badan berlebihan, ia boleh menyekat arteri daripada menyalurkan darah yang cukup kepada jantung anda. Tahap LDL yang baik adalah di bawah 100mg.
b) HDL ( Lipoproteins high-density ) -HDL pula ialah sejenis kolestrol ynag membantu membersikan lebihan LDL di dalam darah dan menghalang daripada menyekat saluran arteri ke jantung.
Anda tidak akan berasa sakit jika mempunyai kolesterol yang tinggi. Tetapi jika kolesterol sudah menyekat saluran arteri dan aliran darah ke jantung ataupun ke otak sudah pun tersumbat, ia boleh menyebabkan serangan jantung ataupun strok.
Antara simptom-simptom seseorang itu mempunyai kolesteroal yang tinggi adalah badan cepat penat, sakit di ulu hati dan mengantuk.
Antara sebab-sebab yang boleh mengundang lebihan kolesterol dalam badan adalah :
a) Faktor genetik atau pun latar belakang keluarga yang mempunyai kolesterol yang tinggi.
b) Tidak bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat
c) Pemakanan – Lebihan lemak dan karbohidrat (nasi, snack, mi, roti )dalam badan boleh menyumbang kepada kolesterol yang tinggi dalam badan.
d) Faktor Umur – Setelah umur mencapai 20 tahun ke atas, secara semulajadinya tahap kolesterol di dalam badan akan naik. Ini berlaku secara semulajadi.
Banyakkan makan makanan yang mengandungi Fitosterol kerana fitosterol akan menyingkirkan kolesterol mendap pada saluran arteri anda:
- Kacang, kacang tanah
- Lemak yang di sarankan: minyak jagung, minyak zaitun, i
- Buah-buahan: Apple, Pisang, Anggur, Tembikai
- Sayuran – sayuran (sumber)
No comments:
Post a Comment