Monday, March 5, 2012

Makcik Pun Nak Jugak....

Hari ini laman rumah Madre penuh sesak dari depan, kiri sampai kanan, dah jadi macam medan letak kereta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah pula. Bukan apa, jiran depan rumah buat kenduri kahwin. GRAND banget. Beronok2 laaa...Dapat dua orang menantu perempuan sekali gus.
Eloklah buat majlis serentak macam tu, boleh juga menjimatkan perbelanjaan untuk menempah Katerer. Kalau tak silap Madre kos untuk seribu orang tetamu memerlukan lebih dari  RM20,000.00. MAMPU??


Madre tak nak komen banyak2 pasal majlis tu, cuma untuk ambil iktibar  kalau ada saudara-mara yang sudi nak dengar pandangan dan nasihat Madre supaya  anda tak payah nak melalak2 nyanyi lagu2 yang melalaikan dalam majlis macam tu. Memanglah seronok dapat menunjukkan bakat2 terpendam masing2 tapi bagi Madre ianya lebih kepada mengundang dosa dan mengurangkan keberkatan.
video
Kalau lelaki yang menyanyi tu munkin masih lagi boleh diterima sebab suaranya bukan aurat, tapi bila makcik pun nak juga....aduhai!!! suara beliau memang macam remaja (sumpah!!, kalau tak tengok orangnya memang Madre pun sangkakan  suara anak dara yg menyanyi).Apatah lagi, lagu2 yang didendangkan pula semuanya lagu jiwang2 "remaja purba"  AWWWWWW.....
KELAS GITEWWW
video
layan poco2 pula tengah hari buta.... 
dah le baru lepas makan nasi bariani, entah apa2 jer budak2 ni!!

video

Patut ke Madre bias, berpandangan berat sebelah terhadap kaum wanita yang telah berumur? haisyyy! Madre pun seorang wanita berumur juga kan? Rasanya, pada peringkat usia yang dah menjelang senja ini, eloklah kita banyakkan amalan2 yang boleh dijadikan bekalan untuk ke SANA. Tak payahlah nak menyibukkan diri berlebih2an dengan hal2 bersifat duniawi..tapi, kalau nak bersuami lagi (bagi ibu2 tunggal)dengan alasan dan tujuan tertentu macam makcik PUAN AHMAD (klik) itu...entahlah, tak taulah Madre nak kata apa. Bagi orang2 muda macam anak saudara sepupu Madre ni, memanglah bakatnya dalam mengacarakan majlis dan menghibur itu menjadi satu sumber pendapatan. Tak sia2 juga walaupun kalah dengan Shamsul Ghau Ghau dulu  dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan. 

video
Madre suka nak ingatkan  diri sendiri dan sdr2 sekelian, kalau dah berumur macam Madre ini,kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dan jaga peribadi sebab perbuatan dan tingkah laku kita sentiasa diperhatikan (bukan saja diperhati oleh anak2 muda tapi Malaikat di kiri kanan  yang mencatit segala amal perbuatan).



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...