CAP gesa haramkan lolipop pendafluor
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor (fluorescent lollipops) memandangkan ia mengandungi bahan-bahan bertoksik.
Dalam satu tinjauan yang dijalankan, CAP mendapati lolipop pendafluor amat digemari oleh kanak-kanak. Lolipop ini menarik perhatian kanak-kanak kerana ia terlekat pada batang plastik yang bersinar. Beberapa orang kanak-kanak yang ditemui berkata kadangkala mereka menyimpan batang tersebut dan menggunakannya untuk tujuan lain. Batang pendafluor itu mengandungi bahan-bahan kimia bertoksik yang boleh ditelan oleh kanak-kanak jika kimia cecair dalam batang itu merembes keluar.
Lolipop pendafluor boleh dibeli dalam kotak berisi 24 batang dengan pelbagai warna pada harga RM6.00 sekotak. Vendor menjualnya kepada kanak-kanak dengan harga 40 sen sebatang. Walaupun tidak diketahui negara asalnya, seorang pemborong memberitahu kami lolipop itu datang dari China. Pada kotaknya terpampang logo Halal yang tidak diluluskan dan mempunyai nama sebuah syarikat.
Selain terdapat di pasar raya mini, lolipop tersebut turut dijual oleh vendor di hadapan sekolah. Kami percaya ia dijual di seluruh negara.
Ujian-ujian yang dijalankan oleh Institut Kebangsaan bagi menguji kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam menunjukkan batang plastik lolipop berkenaan mengandungi ftalat dan Poly aromatic carbon (PAH), di mana ftalat bertindak sebagai pelarut untuk PAH. Gabungan kedua-dua bahan kimia tersebut menimbulkan tindak balas oksigenan, menghasilkan sinaran cahaya yang menarik pada batang tersebut.
PAH pada hakikatnya merupakan sejenis bahan kimia yang amat toksik, biasanya digunakan hanya untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia.
Sehubungan dengan keracunan lolipop pendafluor, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan segera penjualan dan pengedaran kandi seumpamanya. Kerajaan juga perlu menyita produk yang sudah berada di pasaran ini.
S.M. Mohamed Idris
Presiden CAP

No comments:
Post a Comment