Pengharapan Yang Tak Terucap
Peringatan ini untuk diri Madre Amor sendiri juga:
"Jangan pandang orang yang berkata tapi pandanglah apa yang dia kata"
"ORANG TUA MEMANG TAK FAHAM"....
Tapi, anak2 juga tak faham orang tua.
Di antara pengharapan Ibu bapa yang tak terucap:
1.Jangan derhaka kepada kami,
2.Jaga kami bila kami dah tua,
3.Jika tak mampu nak bantu, jangan susahkan kami,
4.Tegurlah kami dengan lembut,
5.Jangan bodohkan kami walau kami jahil,
6.Jangan heret kami ke neraka dengan buat dosa,
7.Jangan minta yang kami tak mampu beri,
8.Jangan contohi tabiat buruk kami,
9.Berusahalah untuk jadi lebih baik daripada kami,
10.Jika kamu gagal, itu tanda kami gagal,
11.Ta'ati Allah walaupun kami telah mati,
12.Doa'kan kami bila kami telah tiada,
13.Jangan sia-siakan hidup kamu,
14. Belajar untuk bersyukur,
15. Kawal kegunaan komputer,
16.Jangan paksa kami berpesan berulangkali,
17.Jangan malukan keluarga, bangsa, agama,
18.Kami kecil hati jika anak tak bantu bila kami mohon bantuan,
19.Walau apa pun berlaku, kami tetap sayang kamu.
....petikan dari: (SUMBER)....Aku adalah peminat kau DMFK... Aku suka kau menyampaikan , aura yang kau miliki untuk memukau sesiapa sahaja yang melihat. Walaupun kau menyampaikan dengan hanya sambil duduk dan bercakap dalam antonasi perlahan.
Tapi, aku bencikan penipuan..aku bencikan pada "munafik"
No comments:
Post a Comment