Subhanallah! Cahaya Berwarna Hijau Di Langit Kanada
Satu fenomena luar biasa telah berlaku di Kanada. Kelihatan langit mengeluarkan cahaya berwarna hijau dan menampakkan satu pemandangan yang indah.
Melayukini.net – Subhanallah! Cahaya Berwarna Hijau Di Langit Kanada | Langit selalu berwarna cerah kebiru-biruan di waktu siang, dan kehitaman di waktu malam. Namun ada kala, berlakunya fenomena menakjubkan seperti sebelum ini, di manalangit kelihatan berwarna ungu di Britain (LINK), namun di Kanada pula, berlakunya fenomena cahaya hijau di langitketika waktu gelap. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Satu cahaya berwarna hijau di langit yang dikenali sebagai aurora borealis menghiasi langit dekat Yellowknife. Kemunculan cahaya itu berpunca daripada gelombang radiasi di atmosfera Bumi kesan ribut solar yang berlaku kerana letusan di matahari.
Ribut solar yang melanda Bumi kelmarin adalah yang paling kuat dalam tempoh lima tahun.
Fenomena langit berwarna itu dapat dilihat oleh pemandu trak yang pulang dari beberapa lombong emas yang terletak sekitar 330 kilometer ke timur laut bandar Yellowknife.
Menakjubkan! Air Sungai Berwarna Hijau Di Kanada (9 Foto)
Jangan terkejut jika anda berkunjung ke sungai yang terletak di Goldstream Park, Kanada ini. AIr sungai ini kelihatan berwarna hijau. Namun apakah punca sebenar ia bertukar warna?
Melayukini.net – Menakjubkan! Air Sungai Berwarna Hijau Di Kanada (9 Foto) | Apakah reaksi kita apabial sampai ke sebuah sungai yang airnya kelihatan berwarna hijau. Memang terkejutlah kerana ia lari jauh dari fitrah kejadian air itu sendiri. Sungai ini sebenarnya terletak di Goldstream Park, Kanada. Menurut Kementerian Alam Sekitar tempatan, terdapat satu tindak balas kimia di dalam air yang dikenali sebagai “Fluorescein”menyebabkan air sungai tersebut kelihatan berwarna hijau, namun bahan kimia tersebut tidak mengandungi toksik dan tidak menjejaskan habitat semula jadi di kawasan sungai tersebut. Jom lihat gambar di bawah ini.
Melayukini.net - Pemandangan yang sungguh menakjubkan. Adakah kita boleh mengatakan ia sebagai sungai yang dicemari? Mungkin rasanya tidak kerana bahan kimia tersebut tidak mengandungi sisa toksi apatah lagi ia langsung tidak menejaskan habitat semula jadi kawasan tersebut. Jadi air sungai ini boleh menjadi satu tarikan pengunjung.
Phi Phi Islands, Si Cantik Andalan Thailand
- Oleh: Nitha Ismail - d'Traveler
Jika berlibur ke Phuket, Thailand, jangan lupa mampir ke Phi Phi Islands. Keindahan alam serta pelayanan yang memuaskan, menjadikan Phi Phi Island destinasi paling favorit di Thailand.
Untuk mengunjungi Phi Phi Islands, Anda dapat menggunakan agen travel yang banyak dijumpai di Phuket, Thailand. Selain itu, Anda juga bisa memilih untuk menggunakan speed boat atau slow boat ketika melayari Phi Phi Islands.
Sesampainya di sana, Anda akan disambut oleh alam yang sangat memukau. Airnya jernih berwarna hijau terang. Kanan kirinya dilindungi bukit-bukit karang yang menawan. Kalau sudah begini, hati siapa yang tidak akan terpikat.
Untuk mengunjungi Phi Phi Islands, Anda dapat menggunakan agen travel yang banyak dijumpai di Phuket, Thailand. Selain itu, Anda juga bisa memilih untuk menggunakan speed boat atau slow boat ketika melayari Phi Phi Islands.
Sesampainya di sana, Anda akan disambut oleh alam yang sangat memukau. Airnya jernih berwarna hijau terang. Kanan kirinya dilindungi bukit-bukit karang yang menawan. Kalau sudah begini, hati siapa yang tidak akan terpikat.
No comments:
Post a Comment