Sunday, October 28, 2012

Mengimbau Kenangan Ibadat Haji

Sesiapa saja yang pernah mengerjakan ibadat haji pasti akan merasa rindu dan ingin melakukannya berulang2 kali. Kalau boleh setiap tahun ingin menjadi tetamu Allah dan ingin sekali mati di sana, tapi apakan daya.... Hanya insan terpilih sahaja berpeluang menggapai impian mereka. Peluang mengerjakan ibadat haji memang sangat berharga  dan Madre  mungkin hanya dapat merasa sekali sahaja seumur hidup sebab banyak halangan yang tak mampu di ungkapkan.Berbeza dengan ibadat Umrah, ibadat haji ada wukuf di Arafah, bermalam di Mina dan melontar Jamrah. Hmmm.. itulah kenangan yang teramat indah dalam hidup ini  dan rasanya macam tak akan berpeluang lagi,Ya Allah!!! rindunya aku, rindu serindu- rindunya. 
(Im a Muslim & Im Proud)






Indahnya andai kita di sini. Suatu pengajaran dan pengalaman seumpama bayangan di Yaumul Mahsyar..
Nabi pernah kata semua umatnya masuk syurga. Tapi Nabi juga pernah kata pada masa yang sama bahawa ramai umatnya tak mahu masuk syurga. Antaranya yang termasuk mereka yang enggan ke syurga adalah mereka yang berbuat perkara di bawah ini kemudian tak mahu taubat dan berbangga dengan perbuatan itu sehingga nyawanya diambil Allah.
Diantaranya:
-dedah aurat, berpakaian tetapi telanjang, tabarruj
-zina, menghampiri zina (couple sblm nikah), rogol, cabul
-mengumpat, berdusta dan fitnah
-membunuh diri, membunuh org, menzalimi org
-pecah amanah, rasuah, makan harta org lain tanpa hak
-tidak puasa, tidak solat, tidak byr zakat, tidak ikut peraturan islam, tidak berhukum dgn hukum islam
-senang cerita bermaksiat pada Allah...
Na'uzubillah....

Allah berifirman dalam surat Attahrim (66), ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...