Monday, October 22, 2012

Aduhai!! Automated Enforcement System (AES)


Wah......Satu sudah tumbang! RM100k duit rakyat pun sudah terbang...!
P/S : Ini bukan khianat ini kemalangan....kemalangan memang tak dapat diatasi walaupun pasang kamera AES....itulah namanya Qada dan Qadar....hu hu hu (Klik)

Ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi “pelanggan” kepada kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya di bawah “Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik”, kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :(sumber)
  1. Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)
  2. ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).
Speed Trap Camera Malaysia Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia
Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :
  1. Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja
  2. Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum
  3. Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada  jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:
  • Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
  • Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
  • Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul
Bayar Saman Trafik 2012 Bisnes Saman Trafik Bernilai RM15 Bilion Sedang Menjaga Lalulintas di 831 Kawasan Hitam di Malaysia

Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :

  • Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 “kawasan hitam” atau “kawasan yang menguntungkan” di seluruh Malaysia
  • Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)
  • Tempoh konsesi adalah lima tahun
  • Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
  • Beroperasi 24 jam
  • Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan saman trafik serta -merta
  • Gambar lebih jelas dan adanya sistem “kedap udara”
  • Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia


Pemimpin Pakatan Rakyat bantah kamera AES. Menunjukkan tanda tidak setuju. Ahli Parlimen BN bersorak gembira kerana berjaya meluluskan AES. Mereka dikhabarkan mendapat arahan mesti pertahankan AES. Seoalh2 mereka kata biar mampus sama rakyat.

Ahli Parlimen BN bersorak gembira kerana berjaya meluluskan AES :((
 Mereka dikhabarkan mendapat arahan mesti pertahankan AES????? 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...