Inalillahi wainna ilaihi rojiun
My uncle had just passed away. May all our prayers be sent out to him. ..............may he rest in peace and be safe in God’s (Allah) care.
Al-Fatihah
Hargailah kasih ayah dan ibu semasa hayat mereka masih ada |
Permintaan Kecil Seorang Bonda
Aku tidak meminta wang berjuta-juta
untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta tidak sesekali kuimpikan mengibarkan bendera bangga di puncaknya cukuplah sekadar sesuap makan dan minum buat aku sempat melihat suatu hari lagi bernama esok.
Aku tidak meminta rumah yang raya
pun yang indah laksana istana kerana kemewahan dunia hanya sementara apabila sampai waktunya pasti tinggal semua.
Cuma yang aku pinta
adalah secebis cinta daripada seorang anakanda yang berjaya di tengah kota untuk kuisikan di dada tua buat kuusir segala kesunyian yang semakin hari semakin pekat terasa dan menggelinjang ke seluruh jiwa raga bergetaran di urat nadi yang terasa lelahnya.
Anakanda yang kurindui sentiasa
sukarkah kau penuhi permintaan kecil seorang bonda janji penuh nafsumu tatkala remaja untuk kutiti hingga ke hujung usia yang amat terkilan aku nantikan dalam remang senja?
Peter Augustine
|
No comments:
Post a Comment