Saturday, May 12, 2012

Isu Kod " E "....baca dan fikirlah sendiri

E-CODES HARAM?

















Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini..

Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.

CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)

Definasi E -Code ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority.
- sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number

Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:

Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920

Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.

E110: dari sumber chemical

E120: dari summer serangga

E140: dari sumber tumbuhan

E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet

E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.

E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E234: Nisin; dari sumber microbe.

E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:

E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan

E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.


Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.

Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi  tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh pihak-pihak berkepentingan.


Bahan ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.

Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Manfaat ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Sekali lagi dijelaskan : Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Jakim/JAIN... Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar/pengedar.

Waallahu'alam





    • Nani Baizura to sahabat halal.....sila bace ayt saya smpai abis...dan faham kan soalan...jawapan sahabat halal ader dalm soalan sy.....mcm maner nak jwp soalan x vbace habis......tekan pd lihat seterusnye ....huhuhuhuhuhuhhuhu
      January 25 at 10:09pm · 

    • Noradiha Maselan terjawab sudah persoalan saya. tq..


    • Fakhrul Hakim Watanabe kalau E476 tu dikategorikan sebagai bahan kritikal dan berkemungkinan daripada sumber yg tidak halal, dan telah dinyatakan pula sebagai perlu dikaji sumber asalnya, maknanya syubhah, tapi kenapa coklat CADBURY yg ada E476 tu,contohnya, mempunyai logo halal yg dikeluarkan oleh Jakim?dan bebas sahaja untuk dipasarkan pada umat Islam?


    • Sahabat Halal Jakim Untuk menentukan sumber asalnya, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang atau ujian makmal jika perlu...


    • Harue Hime a'a..mcm mana pulak tu ye dgn cadbury yg dikata kn xhalal..


    • Fakhrul Hakim Watanabe tq,but still keliru, maknanya kalau da dipasarkan, jakim dah buat semakan la ye?maknanya cadbury da melalui proses semakan tu la? tapi kenapa masih tersenarai lagi E476 tu?


    • Kamilia Ibrahim Kak Uteh 
      ngape lah pulak nk keliru...klu cadbury dh tersenarai sbg halal oleh JAKIM tu bermakna ianya dh melalui proses semakan oleh JAKIM lah. klu masih ragu2 ngan logo yg tertera kat bungkus cadbury, sila semak kat portal rasmi HALAL JAKIM ...

    • Fadilah Mis macamana pula dgn barangan yg diimport? tak semua ada logo halal jakim. sbg contoh keju (masih lg mggunakan perkataan 'rennet' wlaupun ditulis 'rennet from plant base')? lg satu, kebanyakan barangan nestle spt aiskrim dan bijirin (fitness) masih lg mggunakan logo halal asia. yg tu mcmana pula?


    • Rozana Razali sedangkan yg ada tanda halal jakim pun org persoal, inikan yg takde langsung, logo biasa.


    • Kamilia Ibrahim Kak Uteh di sini lah tugas kita sbg pengguna yg peka tuk check produk2 tersebut di laman portal halal jakim. :http://www.halal.gov.my/v3/


    • Noriah Ishak ilmu yg baik patut disebarkan TQ my fren


    • Kasram Abdul Kadir fadilah mis, cuba cek dlm website portal rasmi halal malaysia, ada tu snarai logo halal negara luar yg diiktiraf oleh malaysia (snarai badan islam yg diiktiraf)


    • Oyeen Norina Abdul Gafor antara yang boleh dilakukan adalah email sendiri pengeluar dan tanya adakah product tersebut sesuai utk vegetarien atau tidak/ preservative yang digunakan dari haiwan or tumbuhan, jika dia jwb ye then gunakanlah tanpa was2..


    • Khairil Lampard jakim dh buat yg tbaik dalam memastikan status halal sesuatu produk.. kita seharusnya yakin kerana proses pensijilan halal jakim boleh dikatakan terbaik di dunia.. insyaAllah yg dpt sijil halal jakim tu xde problem.. ambik pandangan camni je, kalo dh dpt sijil halal pun kita ragu2, tok sah la mkn.. tinggalkn yg syubhah.. kita yg tentukan kita nak mkn ape kan..?


    • Zul Karnain Kod apa yg kita nak pastikan ada campuran bahan2 yg tidak halal seerti DNA BABI???


    • Alfynna Idris thanks for this info..dh lama tertipu


    • Jefri Dean As salam,Thanks for the best infomation,nampaknya kehidupan kita di akhir zaman ini tidak dapat tidak pasti akan terkana yang haram.
      J

    • Daing Nazatul Shima 
      just my 10cent opinion, jakim seharusnya lebih rampant dan agresif dalam memberi maklumat kepada pengguna Islam. harus diingat yang hanya berapa peratus sahaja pengguna yang internet savvy untuk mendapat maklumat sebegini.

    • Md Hisham Abd Razak Kita sama-sama ada FB, bantu sebarkan maklumat. Nak harap pada JAKIM, mereka bukannya ramai dan kerja mereka banyak. Mereka dah sediakan artikel ni dah cukup bagus untuk mematahkan artikel mereka yang rasa bijak tetapi berjiwa kecewa. Manakan sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.


    • Muzafrie Borhanuddin Mcm mana hendak mengenal pasti e code berkemungkinan dr sumber haiwan tersebut adalah halal, terutama berada di luar negara?


    • Gida Ahmad syukur sgt ade fb jakim.... baru tau maklumat yg btl.... tpi cadangn 2k penmbahbaikan... harap jakim blh create satu application 2k smartphone... so org blh sntiasa update dgn info semasa..... cth kalo time nk beli brg, blh cek kt hp code die...


    • Muhaimi Mohamed champion lah jakim...syukur


    • Fatiah Noor Tahiran E471 tu certain product akan mention E471(soy lecitin)...klu mcm ni mmg halal sbb dr pengemulsi tumbuhan....klu x der mention apa2 just E471..better elakkan sbb kita x tau dr mana sumber dia..E471 boleh dtg dr 2 group samada haiwan @ tumbuhan...makanan chocolat byk pengemisifier dr E471..tp most choc dr malaysia dh mention soy lecitin(soya)


    • Shima Hassim 
      percaya pada cop halal yang diiktiraf yang boleh kita kenalpasti melalui laman web JAKIM. kalau kita nak cek kod2 itu satu persatu bukan semua ada disenaraikan pada poembungkusan produk. 

    • Fie's Ahmad SYUKRAN


    • Nashiheen Faqeeha Alhamdulillah....Terima kasih diatas segala info...mohon share


    • Muhammad Azry mggu lps sy ad trbce 1 article ttg gndum cap kunci & sauh yg m'gndungi unsur2 dr lmk babi..s0,d sni sy ingin m'dpt kn k'pstian adkah bt0l article t'sebut...


    • Fauziah Tufail Ahmad mcm mna plak dgn whey in most dairy product?


    • Sahabat Halal Jakim whey perlu dilihat penggunaan renet di dalam proses penghasilan keju tersebut.. Jika renet yg digunakan adalah drpd sumber halal, maka whey dan keju yg dihasilkan adalah halal...


    • Shahida Dean Ibraham terima kasih di atas segala maklumat ini....kepada umat ISLAM jangan terlalu menerima apa sahaja yang diinformasikan di dalam internet tanpa merujuk/bertanya terlebih dahulu...kesannya bukan sahaja menjejaskan keuntungan syarikat makanan terbabit tetapi telah menjadi fitnah pula kepada yang tidak bersalah.terima kasih JAKIM.


    • Mahmud Muhamad yg display kat direktori halal malaysia ni maknenye disahkn halal oleh jakim??? Sahabat Halal Jakim....


    • Hafizi Sarah 
      JAKIM perlu berusaha keras untuk mengwar-warkan perkara ini melalui semua media, forum dan sebagainya dengan penerangan yg jelas dan tidak meragukan. Amat berkesan jika dimasukkan dalam iklan di TV dan radio mengenai perkara ini 



    • Azam Azuar good research JAKIM... may Allah bless you, InsyaAllah....


    • Sha Meriana drpd mana artikel menidakkn e-code babi ini diperolehi? dr USA juga? adakh artikel di atas adalah drp JAKIM sendiri? klu blh jelaskn..


    • Khalid Lid t.kasih JAKIM mohon print utk sebaran


    • Tuan M Kaman elakkan beli makanan dari negara2 yang rakyat nya kuat makan babi.seperti THAILAND,CINA,AMERIKA,JAPAN,


    • Erny Nini Syukron,,atas info yg ptt diketahui oleh umat Islam amnya..pttny info ni dr dlu lg ptt di dedahkn kpd masyrakt yg ptg kn bab2 halal dlm makanan..


    • Shardz Riena 
      ISLAM itu mudah... jgn la nak susah kan pula... apabila sesuatu makanan yg sudah disahkan HALAL oleh JAKIM, jgn la diragui statusnya. Bahan pengawet, emulsifier, ini semua ada tiga sumber dari tumbuhan, kimia dan juga haiwan. 



    • Fatim Anisah terima kasih. apa nama apps yg ada e-codes kat atas tu. gambar yg last tu. ok tak kandungannya. nak download la.


    • Aakmal Bin Mohd Yusop Tujuh tahun tersebar ini semua baru ada penerangan. Pengajaran:

      1. Ada internet. Kalau dari satu sumber dapat satu berita, cek balik. Kalau ada disebutrujukan, cek balik rujukan. Cek juga pernyataan lawan kepada petikan untuk memahami situasi.

      2. Was-was. Terlalu sedikit dan senang ditipu, terlalu banyak dan rugi banyak.



    • Mazniza Mohd Zain minta kepastian ada penyebaran makanan subway tidak halal kenyataan dari artis tersebut dalam internet. Kebanyakan makan subway kerana makanannya berkhasiat..


    • Mohamad Faiz Xcalibur Sahabat Halal Jakim ... kiranya magnum tu buleh dimakan lah ye ?


    • Koff Koha 
      Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal. bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan...



    • Maria Hazrina ice cream walls yg magnum tu mcm mane pulak statusnya.. hampa la byk pulak makanan yg was-was sejak due menjak ni..


    • Mariam Mai E476 msti ada dlm coklat tmsuk coklat masakan...


    • Delta Victor Xray adae gak yg xphm lg ke,bace satu2.pahamkan betul2....


    • Zazliman Awang Noh ice cream wall magnum tu kan dah disahkan halal... yang haram tu magnum 4D ;)


    • Sya Mishi bagaimana dgn E 120- cochineal, E 904 daripada serangga kan? tp tgk kat choc ade tanda halal. huhu cmne tu


    • Sahabat Halal Jakim Diharuskan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...