Sunday, May 20, 2012

Mencari Penawar Yang Sejuk

 ‎"Stress"??......let's recite the holy Qur'an






Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman (Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”)Q.S. Al-Isra’, ayat 82Read More: http://www.serikasih.com/kelebihan-membaca-al-quran#ixzz1vO6mZy85
Sekiranya Al Quran boleh berbicara, maka ia akan berkata, wahai umat Nabi Muhammad s.a.w,dulu sewaktu kau masih kecil, kau adalah teman sejati ku, kau sentuh aku, kau pegang aku, kau dakap aku dan kau baca aku dengan suara yang keras dan lirih..tapi, kini setelah kau merasa diri sudah dewasa, merasa diri hebat, sihat dan hidup mewah..kau lupakan aku,kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri di dalam almari berlapis debu-debu dan di makan kutu..apakah aku ini bacaan usang yang tinggal sejarah? tidak kah kau ingat bahawa sesungguhnya aku inilah penerang di dalam kubur dan boleh membawa mu ke tempat yang di redhai Allah,iaitu SYURGA......

Madre Amor!!!Mengapa harus Stress?

Bukankah kita mampu menghadapi apapun ujian yang datang jika tahu serta mampu mengurus jiwa dengan baik?Dengan ini akan menjadikan setiap ujian menghasilkan kebaikan, bukannya menjadikan kita bertambah lemah atau berputus asa.
Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya menghadapi setiap ujian dengan jiwa tenang dan menguruskannya secara baik.
Langkah pertama perlu diambil ketika ditimpa ujian ialah bersikap REDHA dan bersangka baik dengan Allah kerana DIAlah yang menentukan takdir terjadi kepada kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...