Lilit Benang Hitam pada budak
Soalan
MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-
kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih
daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang
hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk
perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini
diharuskan oleh syarak?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak
-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk
dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang
hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum
saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya bertentangan
dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis
yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang menggantung
tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajatnya dan
barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah
tidak akan menenteramkannya.’”

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal.
Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan,
untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti
gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki
itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya
sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”

“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini,
tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia
kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda
seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran
bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada
suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan
dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan
tangkal kepada unta tersebut.

“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan
(qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang
.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab
utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab
mempercayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada
gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah
dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak,
atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher
atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua-tua, atas kepercayaan ia boleh
memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang
mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka
dia telah syirik kepada Allah SWT.”

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
Waalahu a’lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1335)
Mohd Fazlie Saripan :
Mmg benar,saya ada sedikit pengalaman utk dikongsikan, sewaktu pulang
dari kg di Muar ke Klang, hati mula berkata apa funtion lilitan benang ditangan anak2 saya ini, benda ni mak mertua dan nenek yang buat,
katanya supaya budak tak menangis malam, tapi atas kesedaran dan
pengetahuan agama yg sedikit ini,,sesampainya saya di klang terus buat
solat hajat, baca Surah Yasin pada air then sapu di umbun2 anak-anak
saya, terus potong lilitan benang hitam tersebut, tiba-tiba anak-anak
saya muntah susu, yang peliknya kedua-duanya muntah serentak selepas
saya sapukan air yasin ke umbun-umbun mereka,,keesokan harinya
benang tersebut saya buang ke laut masa on the way pergi kerja
di Westports, kuasa tuhan yang maha Esa, Subhanallah...
.semenjak itu saya selalu menyarankan kepada saudara2,
kenalan yang benang hitam ini mengarut!! hanya Allah tempat
kita meminta dan berharap..Amieen...

No comments:
Post a Comment