Memanglah, sebagai insan yg berbudi luhur dan sempurna akal fikiran, kita patut mengasihi semua makhluk yg Allah ciptakan.
Haiwan yg dikira najis mengikut syariat Islam pun patut diselamatkan dan tidak boleh dizalimi sama sekali. Namun, perlu kita berwaspada dan berhati2 kerana setiap apa yg diharamkan dalam Islam sebenarnya ada muslihat tersembunyi yg perlu kita ketahui.
Kepada anak2 Ummi yg menulis entri : (link) & (link), sikap dan perasaan kalian terhadap haiwan memang sangat dihargai . Cuma Madre suka ingatkan supaya sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran dari pengalaman orang lain supaya tidak menjadi mangsa kepada serangan haiwan seperti yang pernah berlaku :
Anjing ini menyerang tuannya dengan menggigit lengan hingga dibanjiri darah.
Lihatlah video tu betapa azabnya sakit bila anjing itu mencengkam dengan rahangnya.Ada kala ngeri bila lihat ia menarik kesana sini mengoyak dan mendalamkan lagi gigitan berbisa..
Insiden serangan anjing ini bukanlah baru, di negara kita pun kerap terjadi.
Malah acapkali serangan itu berakhir dengan kematian yang tragis.
Tetapi yang jarang kita dengar ialah tuan punya anjing diserang anjingnya sendiri.
Tetapi itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Brazil.
Kejadian ini terjadi di Avenida Presidente Wenceslau pada 22 Januari lalu.
Seekor anjing yang dikenali sebagai Pitbull (anjing ganas) telah menyerang tuannya sendiri, Dejail Cesar Goncalves, 54, dibelakang rumahnya.
Anjing Pitbull
Anjing tersebut menggigit dan mengoyakkan tangan kanan tuannya.
Walaupun dengan tiga pukulan, anjing itu bertindak balas dengan lebih ganas dan berpindah menyerang bahagian kepala dan leher pula. Maaf, dalam video tidak ditunjukkan sepenuhnya.
Dejail Cesar dibawa ke Hospital dengan keadaan yang kritikal kerana banyak kehilangan darah.
Penulis kurang pasti sama ada anjing jenis ini dibenarkan masuk ke negara ini atau tidak.
Yang pasti, penulis difahamkan ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pemilik haiwan ini memakaikan kolar dan lencana pendaftaran terhadap anjing-anjing mereka seperti mana dalam Seksyen 14 Undang-undang Kecil (Anjing-Anjing) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) 1977.
Itu di Pulau Pinang la, negeri lain tak taulah pulak kan. Atau macam mana? - Oleh SYAHRIL A. KADIR@mynewshub
Read more: http://www.xlupa.com/2012/02/video-ngeri-anjing-makan-lengan-tuan.html#ixzz1lhWA835a
No comments:
Post a Comment