Apakah jadah... memang agak kasar bunyi statement itu. Bila berada di jalan raya memang sifat sabar kita selalu tercabar.
Kita sering menyebut "SABAR" itu separuh dari iman..ayatnya sangat indah dan mudah..tetapi perlaksanaannya...????..Setinggi mana kesabaran kita bila berada di jalan raya? hmmmm.....apakah kita dapat mengawal "marah" kita bila kereta di hadapan kita bergerak perlahan, wal hal tiada apa halangan untuk laju pun di hadapan...atau adakah kita mengikut 100 % undang-undang jalan raya..waktu tengah malam contohnya..di waktu tiada seorang pun penguat kuasa..adakah kita benar-benar mematuhinya?......ini semua adalah perangai.....
Kita sering menganggap sesuatu perkara yang kecil itu sebagai remeh..namun kita lupa,sesuatu yang besar itu bermula dari yang kecil.
"perangai yang telah di sucikan akan menjadi akhlak yang mulia.....
Cari dan kenalilah dahulu perangai sendiri..MAKA akan kenallah ALLAH......jika selalu berangan2 untuk mengenali diri yang GHAIB tanpa mengenali diri yang nyata terlebih dahulu....SYAITAN akan sentiasa tersenyum...... Sebagai contoh ujian kesabaran kepada Madre ialah ialah kerlipan lampu dibahagian belakang lori, kenapa perlu sentiasa berkelip-kelip bila berhenti atau bergerak perlahan di simpang2 lampu trafik??. Tak tau ke benda tu boleh mengganggu penglihatan pemandu di belakang. Pening kepala wowww, boleh MIGRAIN dibuatnya bila berterusan liplapliplapliplap..............
Marah tahap dewa rasanya bila terpaksa berhenti lama2 di belakang lori macam ni..Nasib baiklah tu ari dengar tazkirah ustaz dari siaran radio IKIM, Masa tu kira ok jugak ler ...
Doa' mohon kesabaran dan mati dalam iman
وَمَا تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنۡ ءَامَنَّا بِـَٔايَـٰتِ رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتۡنَاۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا
مُسۡلِمِينَ
Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh hati kepada-Mu)."
(Surah Al-A'raaf, ayat 126)
Keterangan Ayat
Allah SWT menggunakan perkataan 'limpah' laksana air. Sabar berperanan seperti air yang menjadi agen pembersihan dan ketenangan. Seperti mana air membersihkan kekotoran, demikian juga sabar membersihkan dosa. (Tafsir al-Baidhawi, tafsir ayat 126, surah al-A'raf)
No comments:
Post a Comment