Sunday, February 12, 2012

Macam-macam perkara ganjil berlaku

eeeeee....comelnya tupai ni , boleh buat pet

Tupai Berwarna Ungu 

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.
"Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.
Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman webaccuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.
Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."
Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.
"Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat.
"Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya.
- AFP 

Jantung pisang luar biasa

.....dah lebih sepuluh kali berbuah ??? aneh sangat....

YAN BESAR – Walaupun batangnya dicantas, namun sebatang pokok pisang di Kampung Teluk Mat Acheh di sini masih mengeluarkan jantung pisang sekali gus membuatkan pemiliknya terkejut kerana tidak menduga kewujudan jantung pisang berkenaan.
Seorang pekerja am, Hashim Awang, 39, berkata, pokok itu ditanam kira-kira tiga tahun lalu dan lebih sepuluh kali berbuah sebelum dicantas di bahagian tengah batang pokok pisang itu  sebulan lalu. 

Ikan yu gergasi 

subhanAllah, besarnya ikannnnn....

DUA kren digunakan untuk mengangkat seekor ikan yu gergasi di Karachi pada Selasa lalu.
KARACHI – Seekor ikan yu gergasi yang ditangkap  oleh sekumpulan nelayan 128.74 kilometer di luar pantai Pakistan dibeli pada harga AS$2,200 (RM6,614) oleh seorang penjual ikan dikenali sebagai Qasim untuk dipamerkan kepada orang ramai selama tiga hari.

Ular Berkaki Empat 

Melayukini.net – Subhanallah! Ular Berkaki Empat di Malaysia | Kalau sebelum ini, seekor ular pelik berkaki dua telah ditemui di negara China (LINK), kini seekor ular yang lebih kurang sama iaitu seekor ular hitam yang bersaiz kecil telah dijumpai mempunyai 4 kaki di sebuah tempat di Malaysia. Ular pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut.
Di bawah merupakan gambar ular pelik berkaki empat yang telah ditangkap tersebut.
uishhh...Ular ke ni?Serupa cicak mengkarung pun ada, tapi panjang le pulak!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...