Saturday, February 25, 2012

Menumpang Kasih

Main nusut alik pitu
Jange sapa sepit kuku
menupe kasih tidak saloh
Asal tau jago batah
Letok are atah paro.
letok kari dale mmari.
Anok ore tido jenero.
Anok sediri tido bediri.

Tane selasih tepi ppaye.
Sire denge ppurong kelapo.
Menupe kasih pado hok saye.
Bia la ore nok kato apo.
sumber dari:(klik)









ubi kayu cicoh nyo,
make dengan saing cino.
mulio sungguh hati demo,
menupe kasih x kiro sapo..


Ddiri tegak tiea sbate,
Buat junjung kace boto,
Amik iktibar gelagat binate,
Menjadi cotoh pado kito



eh..eh...si kucing ni? Apakah menyentuh anjing tak salah disisi islam? Berikut adalah penjelasannya  ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh 
Prof Dr Yusof alQardhawi .
Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234).

Stress???

Bila kerja terlampau banyak yg nak disiapkan...., tengok rumah pula tunggang-langgang tidak berkemas, aduhhhh...haii!! Tanggungjawab seorang isteri, ibu dan pekerja bermajikan perlu digalas sekali gus sama macam mengangkut telur ayam dalam gambar ni, perlu sampai ke destinasi dengan selamat. 
 STRESS, STRESS STRESS,!!!
 
 Cara Segera Atasi Stress

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dilakukan :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil wudhu'
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.

Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'

Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.

Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya 'Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.

Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!

Sumbangan artikel blog cahaya akal http://mindataqwa.blogspot.com/ 

Mari Bersenam

Bersenamlah untuk kesihatan, kita digalakkan supaya bersenam 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit.
ANTARA KEBAIKAN SENAMAN ADALAH: 
1) Mengurangkan paras gula dan lemak di dalam badan. 
2) Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran darah tubuh. 
3) Mengawal berat badan. 
4) Menguatkan jantung. 
5) Mengurangkan tekanan jiwa. 
6) Membuat anda lebih cergas dan bertenaga. 
7) Membolehkan anda tidur dengan nyenyak.
Secara amnya terdapat 3 fasa senaman iaitu; 
Fasa Pertama – 
Senaman selama 5 – 10 minit untuk memanaskan badan seperti pergerakan bebas dan senaman regangan. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh dengan aktiviti yang lebih tinggi.
clip_i10
Fasa Kedua – 
Ini merupakan senaman yang sepatutnya iaitu selama 20 hingga 30 minit. Contohnya berjoging, berbasikal, bermain badminton, bersenam dan sebagainya.
clip_i12
Fasa Ketiga – 
Ia sama seperti senaman fasa pertama iaitu untuk menyejukkan badan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kecederaan otot. Senaman ini juga mengambil masa 5 hingga 10 minit.
clip_i13
PETUA-PETUA UNTUK SENAMAN: 
1. Sebelum memulakan aktiviti senaman, dapatkan nasihat doktor. 
2. Mulakan senaman yang ringan mengikut kemampuan anda dan tingkatkan dari masa ke semasa. 
3. Pakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai. 
4. Jangan duduk terus selepas anda berhenti bersenam. 
5. Kekuatan senaman harus mencapai tahap kadar nadi 120 – 150 kali seminit. 
6. Jangan bersenam jika paras glukosa dalam darah anda tinggi atau kira-kira 2 jam selepas makan. 
7. Jangan bersenam jika anda sakit atau berasa kurang selesa.
clip_i14
Sumber : SINI
ok....sedia untuk bersenam pagi ini dengan  4 in one Orbi-bike, lalala!!!



ape daaa....anda dinasihatkan supaya berpakaian yg sesuai ketika bersenam!


Sambil mengayuh tu digalakkan berzikir ler banyak2...jadikan ia satu ibadah, lebih berkat.
kayuh2!! sampai nak pengsan
 !لا إله إلا الله محمد رسول الله 

! الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر 

 !لا إله إلا الله محمد رسول الله 

! الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر 


 !لا إله إلا الله محمد رسول الله 

! الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر 




hohoho!!!baru 5 minit dah panceeeettttt, aiyoooooo!!!

Sunday, February 19, 2012

Satu Episod Di Masjid UPM

Kadang2 Madre rasa pelik sangat memikirkan mengapa ramai orang lelaki malas mengerjakan solat; sedangkan kalau nak dikirakan kemudahan bagi mereka, huh!! memang senang betul... sebab tak macam orang perempuan, bila nak berwudhu' tak payah susah2 nak jaga aurat. Di mana2 pun mereka boleh tukar pakaian giteww...... tengok aje lah pak aji kita ni hah siap boleh tayang2 s*****r lagi.
siapa nak kesah??
senang sangat kan? nak dengan tak nak  saje...ayoh! jangan banyak sangat alasan!!!
..spentot pokadotnya.... brown colour ewww..

salin seluar kat tepi kereta? hohoho..


hurmmm....dah pun siap....

Saturday, February 18, 2012

Istidraj



Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? 


Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar.
Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ialah Qarun, seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa kotak yang mengisi kunci  gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun. .. semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia  semakin jauh dari ALLAH  walaupun kekayaannya melimpah ruah. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Apakah itu yang kita mahu?

Apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika  masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkannya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”

Jangan anda kecewa bila diuji tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu  anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan berusaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.(sumber)

Tuesday, February 14, 2012

Rahsia Surah Al-Kautsar

.

Surah ini hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.



4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.




Cantik Sungguh Allah Jadikan!

(sumber)

Monday, February 13, 2012

Satu Amalan Syirik, Na'uzubillah


Lilit Benang Hitam pada budak


Soalan
MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­
kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih
daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang
hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk
perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini
diharuskan oleh syarak?
Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak
-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk
dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang
hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum
saya mengikhtiarkan rawatan.
Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan
 dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis
yang bermaksud: “Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung
tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan
barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada’ah), maka Allah
tidak akan menenteramkannya.’”
Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal.
Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan,
untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.
Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti
gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki
itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? “Lelaki itu menjawab, “Aku jadikannya
sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan.”
“Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini,
 tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia
 kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda
 seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu.” (Hadis riwayat ‘Imran
bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): “Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada
suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan
dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan
tangkal kepada unta tersebut.
“Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan
 (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang
.” (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).
Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab
utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab
mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada
gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah
dengan persoalan yang dikemukakan tadi.
Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak,
atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher
atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh
 memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.
Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): “Sesiapa yang
mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka
dia telah syirik kepada Allah SWT.”
Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.
Waalahu a’lam.
(Petikan dari Harakah Bil.1335)
Mohd Fazlie Saripan :
Mmg benar,saya ada sedikit pengalaman utk dikongsikan, sewaktu pulang
dari kg di Muar ke Klang, hati mula berkata apa funtion lilitan benang ditangan anak2 saya ini, benda ni mak mertua dan nenek yang buat,
katanya supaya budak tak menangis malam, tapi atas kesedaran dan
pengetahuan agama yg sedikit ini,,sesampainya saya di klang terus buat
solat hajat, baca Surah Yasin pada air then sapu di umbun2 anak-anak
saya, terus potong lilitan benang hitam tersebut, tiba-tiba anak-anak
saya muntah susu, yang peliknya kedua-duanya muntah serentak selepas
saya sapukan air yasin ke umbun-umbun mereka,,keesokan harinya 
benang tersebut saya buang ke laut masa on the way pergi kerja
 di Westports, kuasa tuhan yang maha Esa, Subhanallah...
.semenjak itu saya selalu menyarankan kepada saudara2,
kenalan yang benang hitam ini mengarut!! hanya Allah tempat 
kita meminta dan berharap..Amieen...
  • ***
    Syirik ialah suatu perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain iaitu menyembah selain Allah, atau percaya kepada sesuatu benda mempunyai kuasa menyembuh, menyelamatkan daripada malapetaka, mendatangkan keuntungan atau sebagainya juga merupakan perbuatan syirik.
    Dosa syirik merupakan sebesar-besar dosa sebagaimana firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
    “Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”
    (Surah An-Nisaa’, ayat 48)
    Firman Allah Ta‘ala di dalam ayat yang lain yang tafsirnya :
    “Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
    (Surah An-Nisaa’, ayat 116)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...