Saturday, November 5, 2011

Tipu Daya Syaitan



“Ia (syaitan) berkata, 'Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka'.” (Q.s. al-Hijr: 39-40).

Dua cara  tipu-daya laknatullah;

1- Bisikan 
Meskipun syaitan itu tidak memiliki kekuasaan atas orang-orang yang beriman, kadangkadang ia berusaha menggoda mereka dengan bisikan-bisikan, Kerana kesalahan yang telah mereka lakukan.  Ini merupakan masalah penting bagi orang-orang beriman yang takut kepada Allah dan menginginkan syurga, Kerana bisikan syaitan itu menyesatkan dan memalingkan manusia dari jalan Allah, dan menjadikan manusia sibuk dengan perbuatan sia-sia dan remeh. Syaitan berusaha untuk menanamkan perasaan sedih dan takut kepada manusia, menyemaikan benih-benih pertentangan di antara mereka, menyebabkan mereka merasa ragu-ragu terhadap Allah, al-Qur'an, dan agama. Syaitan memenuhi hati manusia dengan angan-angan kosong. 
Apa saja yang dibisikkan syaitan kepada manusia, ia tidak dapat memalingkan manusia dari bimbingan Allah selagi mereka mengikuti jalan yang telah Allah tunjukkan. Allah memperingatkan orang-orang beriman agar waspada terhadap bisikan syaitan:


   “Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Q.s. al-A'raf: 200-01).


   Sebagaimana dapat kita fahami dari ayat tersebut, orang-orang yang beriman tetap waspada terhadap bisikan syaitan. Mereka tidak mahu kehilangan waktu untuk memperhatikan bisikan itu, dan Kerana sedar bahawa hal itu tidak akan diridhai Allah, mereka tidak pernah membiarkan diri mereka larut dalam keputus-asaan, takut dan duka cita, yang semuanya itu merupakan perasaan negatif yang dijauhi oleh orang-orang beriman. Manakala orang-orang beriman apabila diganggu dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan ajaran al-Qur'an, mereka segera mengenali bahawa itu merupakan bisikan berbahaya dari syaitan yang tidak akan mendatangkan keridhaan Allah. Mereka mengusir bisikan syaitan itu melalui dzikrullah dan ayat-ayat al-Qur'an.

2- Gambaran/kelibat

Jika ini berlaku, perbanyakkan bacaan ayat Al Quran terutama sekali surah
Al Mukminun:98

"Dan aku berlindung kepadaMu wahaiTuhanku, supaya syaitan2 itu tidak menghampiriku"
  Al Kahfi:98


   
(Setelah itu) berkatalah Zul-Qarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Ia akan menjadikan tembok itu hancur- lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar"

Pejamkan mata dan tawajjuh pada Allah SWT..sambil menekan kedua-dua mata dengan jari sehingga kelihatan satu gambaran sinaran. Fokus pada sinaran tersebut sambil berzikir. InsyaAllah, dengan izinNYA kita akan mampu melihat kehebatan Allah SWT. Yakin sepenuhnya pada Allah SWT, makhluk tiada kuasa..Yang Berkuasa hanyalah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pemurah..


Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang ikhlas dalam segala amal perbuatan kami, jauhkanlah kami daripada godaan syaitan, jin dan manusia. Jauhkanlah kami daripada kejahatan para pembisik dan penggoda, selamatkanlah kami daripada seksaan Neraka Jahanam.
Semoga Allah memberi rahmat kepada Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya yang baik lagi suci, para sahabat pembela agama-Mu dengan menanamkan ketenangan dan keyakinan dalam hati meneguhkan hati dalam mencintai agama ini.


Read more: http://dnobiz.com/info/bisikan-syaitan-awas-bisikan-khanas/#ixzz1cqMd3HL1



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...