Tuesday, November 8, 2011

Lidah Dan Pena Jangan Disalahguna

( artikel yang sangat menarik)
.......Apakah di antara kesan tidak menjaga tutur-kata ?
1-Fakta yang tidak betul dan menanggung dosa
2-Perkataan tersebut menyebabkan saudara Muslim berkecil hati
3-Ukhuwah di kalangan umat Islam tercalar
4-Menyukarkan usaha-sama di kalangan umat Islam
5-Fitnah boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara
6-Nilai peradaban di kalangan umat Islam terkikis dan akan menyebar-luaskan dosa di kalangan umat
7-Kejayaan dan kegembiraan di pihak musuh
Elok kita berhati-hati dalam percakapan atau penulisan sehari-harian. Jika dikhuatiri tidak elok dan mungkin memudaratkan, lebih baik kita berdiam diri. Ini akan mengelakkan diri daripada menanggung dosa dan bagi mengelakkan orang lain terasa hati. Lebih buruk lagi jika ada orang tengah silap mendengar dan kemudian menyebarkannya. Bak kata pepatah ´terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya´.
Lidah dan pena juga boleh menjadi alat penyebaran fitnah dan mengadu domba yang boleh menyebabkan perpecahan dan huru-hara.
Allah mengingatkan kita dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 191 bermaksud:"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."
Kita tidak mahu termasuk di kalangan mereka yang dicelakakan oleh Allah swt sebagaimana maksud firmanNya: "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela." (Surah al-Humazah: 1)
............

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...