Friday, November 11, 2011

Duit, duit!!! di mana kau duit?


Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam (projek fidlot )bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya.
Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur.

Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta.
Pendedahan itu bukan saja memalukan, mengejutkan tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistematik sekali.[wm.kl.11:39 pm 10/11/11])
lembu fidlot


                                                                                          

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...