Setelah puas berendam airmata, syukur Alhamdulillah....akhirnya rajuk "bonda" agak reda dan Madre bersama adik berjaya membawanya ke hospital untuk bertemu Pakar Mata mengikut temujanji yg ditetapkan.
Secara curi2 Madre ambil gambar dia sewaktu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Memang pada mulanya "bonda" agak kurang bercakap. Sesekali terkeluar juga bahasa2 sinis yg agak menyentuh kalbu waktu masih berada di dalam kereta, tapi Madre memang berusaha sedaya upaya untuk tidak banyak berkata, lebih2 lagi dalam keadaan diri sendiri pun kurang sihat dan sedang berpuasa.
alamak!!! udah perasan pulak....cuak juga Madre takut kena serang dengan tiba2 |
Menunggu giliran berjam2 lamanya memang sangat membosankan. Dalam keadaan demikian kita perlu pandai mencari jalan supaya tidak bertambah ketegangan.Adik Madre mengisi masa dengan membaca. Madre pula memang suka tengok telatah anak2 kecil. Terkenang kembali saat indah waktu anak2 Madre masih kecil dulu...
Sicomel berambut maggi ni mengingatkan semula Madre pada anak perempuan Madre. Sekarang dia dah besarrrrr panjaaaangg...
bukan saja comel, tapi periang dan peramah. Semua orang tak kira siapa pun dia tegur dan ajak bermain. Sungguh sangat menghiburkan hati. |
rambutnya ni yang sangat tak boleh tahan...kerinting bergulung2 |
ada org kata rambutnya macam bulu bebiri (terkenan semasa mengandung kot!) |
Tapi, Madre sedih pula tengok kanak2 lelaki ini yang menghadapi masalah penglihatan. Entah spek siapa dipakaikan budak ni, jelas kelihatan dia memang tak selesa. |
pewittt.....boleh tahan! tapi tu spek utk perempuan |
Gaya duduk yang bersahaja...siap naikkan kaki keatas kerusi sambil menyandar...cissss!!
Dan lebih sedih lagi tengok perempuan ini keseorangan dalam kesakitan menunggu giliran. Kemana perginya keluarga, saudara-mara dan teman2....
Minta dijauhkan Allah hendaknya.
No comments:
Post a Comment