Saturday, February 5, 2011

Selamat Jalan, Pergilah Sayang


Assalamu'alaikum,
sebahagian dari kakitangan ITU bersama pengarah (Dr. Johari Abu Bakar)
Amboi, rindu betul rasanya Madre  hendak  menulis entry ini, maklum sajalah banyak benda nak dicoretkan dalam diari terbuka macam ini tapi masa sangat mencemburui. Madre harus menumpukan lebih perhatian terhadap tugas  lebih-lebih lagi baru masuk bekerja semula selepas cuti enam bulan. Kalut sikit dibuatnya bila dapat tau ketua seksyen Madre cuti sakit yang agak panjang (sebulan). Bengang, bengang...., tak tau mana satu nak mulakan kerja ni...tercongang-congang den dibueknyo, hadoi!

Sebenarnya ketua seksyen Madre, Dr. Farrah akan  menyambung pelajaran ke peringkat master pada bulan Februari 2011 tetapi disebabkan ada masalah kesihatan beliau terpaksa berehat lebih awal pada bulan Januari.
Pengarah jabatan Madre ie: Dr. Johari pula akan berpindah ke jabatan lain di negeri Johor mulai 7 Februari 2011. Nampak gaya akan huru-haralah sekejap pejabat Madre, macam anak ayam kehilangan ibu sebab pengarah pengganti Dr. Razak akan datang pada 15 Februari 2011. Adakah patut?? heee... bila Madre suarakan kekecohan yang bakal dihadapi , Dr. Razak dengan selamba je buat lawak dengan Madre suruh jaga sendiri jabatan yang sememangnya bukan layak Madre untuk mentadbir-urus sebegitu mudah. Ini yang buat Madre fening-fening lalat sekejap sebab kalau boss tiada dalam masa seminggu, banyaklah kerja tertangguh dan tak boleh nak buat keputusan...ahaaa. ...it's not my business, tak kuasa mak nak bebankan kepala hotak ni dengan masalah negara kan? 
Lebih baik bersuka-ria sebelum Dr. Johari pindah,Madre nak ikut member beramai-ramai meraikan beliau dengan acara sukanika Hari Keluarga sambil beramah mesra dengan semua kakitangan di tepi pantai Kuala Linggi, Melaka. Jom, jom  kita BERGUMBIRA......

Hah kau!! Tak pasal-pasal Madre pun kena juga bersukan - aktiviti yang dah lama Madre tinggalkan seperti Bola Tampar, Bola Jaring, Bowling (buah kelapa) dan bola sepak  serta macam-macam lagi acara untuk kanak-kanak.


Huh!! Dulu sepak-menyepak dan tampar menampar Madre memang dah biasa, haha
Senang cerita, macam buang tebiat pulak gamaknya.. tapi yang tak boleh bla bila Madre asyik bersukanika, anak-anak Madre uhhh... main hujan pulak kat laut, berendam dan posing sakan ceyyhhhh... mana boleh jadi, nak juga ikut mereka sekali-sekala!!


kakak dan adik berendam sambil main hujan



 Dua beradik ini buat staff Madre salah sangka ingatkan "couple"


si Abg long sempat  mengorat anak dara (bunga di jabatan Madre) huhu!
Walau pun Madre beronok-ronok di pantai dengan ahli keluarga dan kakitangan jabatan, rasa terkilan tetap ada sebab hubby Madre tak nak ikut sama. Malas saja moodnya  semenjak dua menjak dah bersara....lebih-lebih lagi cuaca pula tak menentu dengan hujan di sini-sana.
Acara sukan dan Majlis Perpisahan berlangsung dalam hujan seolah-olah turut mengiringi pemergian boss  dengan tangisan ...huahuahua.


                 "SELAMAT JALAN


                  TATA, TITI, TUTU!!

                PERGI LAH SAYANG"


Boss kadang2 buat Madre pening juga hohoho!!


2 comments:

Elle Who? said...

UMMI!!! hehehee

Madre Amor said...

ya, ya.....ummi di sini, sentiasa dekat dihati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...