Thursday, February 10, 2011
Gelanggang Berpantun
Cikgu Mohd Naim Daipi - Pantun Tahun Baharu
Click on people's faces in the photo to tag them.
Pokok semalu kuncup di tangan,
Pokok gaharu patah di dahan
Tahun lalu menyulam kenangan
Tahun baharu menghimpun cabaran
Add a caption
Kain baharu bawa berdagang, Kain sutera jadi pemikat; Tahun baharu pasti menjelang Rezeki kurnia bertambah berkat
Mohd Noh Shahdan
Cantik berseri indah pandangan,
Gunung daik cantik memukau
Tahun lalu tersemat dalam kenangan
Tabah mengharungi onak dan ranjau..
Mohd Naim Daipi
@Encik Mohd Noh
Ke Pulau Bintan membawa bekal,
bekal sarapan di dalam sampan;
Anak watan tabah dan cekal
hadapi cabaran tak kira zaman
Anie Din
pergi ke hulu menempah cuka
cuka baru berbau kelapa
tahun dulu menempuh duka
tahun baru bahagia menyapa
Mohd Noh Shahdan
kenangan lalu mengusik kalbu,
kenangan manis indah di jiwa
zaman yang lalu usah di rindu
pintu tahun baru kita akan buka..
Mohd Naim Daipi
@ Anie Din
Pikul beras di atas bahu,
Bawa masuk ke dalam sampan;
Kudrat Allah siapa yang tahu,
Jangan gundah jadikan teman.
·
Mohd Naim Daipi
@ Mohd Noh Shahdan
Beli cuka beli benang
Beli barang di kedai Pak Tapa
Kisah duka jangan dikenang,
Kalau dikenang undang nestapa.
·
Madre Amor
Ke gunung Daik mencari pandan
Terjumpa pisang bertandan-tandan
Segala yang baik jadikan teladan
Kenangan pahit jadikan sempadan
Mohd Naim Daipi
@ Madre Amor
Kejar-kejar seorang penjarah,
kaki terkait pokok mawar;
Kita belajar daripada sejarah
Mana yang pahit cari penawar.
Nadiputra Almahdi
Cikgu, cuba-cuba ni beli pantun cikgu:
Barang sekapas jadikanlah benang
Dah jadi benang tenun sendiri
Barang yang lepas jangan dikenang
...
Kalau dikenang meracun diri
Amacam, boleh?
Madre Amor
Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang meracun diri
Yang dah terbabas tu carilah simpang
Pastikan nak belok ke kanan atau ke kiri
Mohd Naim Daipi
@Nadi - bolehlah tu...
Mata bergenang berhari-hari,
air menitis hingga ke dagu;
Kalau dikenang meracun diri,
kalau diingat memendam rindu.
Mohd Naim Daipi
@Madre
Semak dtebas oleh perampang,
teranglah jalan nampak pergigi;
Kalau terbabas balik ke simpang,
pilihlah jalan tak sesat lagi.
·
Muhammad Shufaat
Daun kipas dibuat hidangan,
Dulang nyiru dibawa jalan,
Tahun lepas hanya kenangan,
Tahun baru banyakkan amalan.
Mohd Naim Daipi
Dulang nyiru dibawa jalan
Tudung kepala ke rumah Shufaat;
Tahun baru banyakkan amalan.
Nasihat berguna besar manfaat.
From the album:
Pantun Tahun Baharu
by
Mohd Naim Daipi
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LinkWithin
No comments:
Post a Comment