Tuesday, February 8, 2011

Mee Segera Untuk Cepat Segala


Salam rindu dan teramat sayang kepada semua muslimin-muslimat khususnya anak-anak Madre walau dimana kamu berada. 

Bila Saya lapar..Saya Makan Mee Segera..!! 


Madre tau statement ini biasa sangat  didengar di mana-mana: 
Di

sebabkan makanan ini  mudah diperolehi dengan harga yang murah, ia telah menjadi sangat popular kepada semua orang terutama golongan pelajar dan mereka yang berpendapatan kecil seperti pekerja ladang dan buruh pendatang asing.


Madre bukannya nak bangkitkan isu HALAL ke SYUBHAH ke, pasal makanan ini memang dah terpampang logo Halalnya, yakin ajelah sebab kita takde makmal dan takde pakar nak uji kesahihan berbagai jenama mee segera yang berlambak di pasaran; tapi bila terbaca info tentang bahan kandungan didalam mee segera tu yang Madre rasa sangat bimbang akan nasib yang bakal menimpa anak-anak dan "mereka yang sewaktu " dengannya.


 (klik sini)


  MI SEGERA




136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.

Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.


3 comments:


azlyana said...
hmm if the ingredients contains all those toxic..kenapa masih terjual di pasaran?..adakah KKM/ KPDN tidak memeriksa terlebih dahulu kandungan sesuatu produk sebelum memberi kelulusan penjualan?..dimanakah hak kita untuk mendapat makanan selamat?
miss said...
inilah makanan rutin harian bagi mahasiswa dan mahasiswi. Renung-renungkan bahan-bahan yang telah digunakan..Bagaimana negara ingin melahirkan graduan yang bertaraf dunis sekiranya mereka ini mengamalkan pemakanan yang salah
"ya Allah, selamatkanlah kami hambaMU dari segala bencana dan dugaan hidup yang tak mampu kami menanggungnya".aamiin!
Maklumat lanjut tentang makanan segera:
Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang
(CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat. Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis,darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta rakyat Malaysia. Perangkaan menunjukkan hampir 2 juta rakyat negara ini iaitu kira-kira 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes yang kebanyakannya berpunca daripada makanan. CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu semenjak usia muda. Pendedahan kajian
tersebut mendapati kandungan gula berlebihan dan pewarna tiruan merupakan antara ‘racun’ yang tersembunyi dalam makan segera. 

Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Zulkarnain Ahmad Hamidy berkata, pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Beliau menambah, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Haa..haaa...haaa...apa macam dengan info ini, ada berani lagi mau makan mee segera ??? Yaa Ampunnn,,,,



Madre menyeru kepada mereka yang dah biasa makan mee segera tu, hentikanlah sebelum terlambat dan MUDARAT.
Renung2, jeling2.......

"FIKIR....ZIKIR.....SYUKUR......SABAR "
Katakan tak nak pada Mee Segera

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...