Thursday, February 10, 2011

Diari Semalam


Assalamu'alaikum,


Tiba awal di pejabat, Madre terus ke tempat meletak kereta. Dah berkira-kira dalam kepala  tugas apa yang hendak dimulakan  selepas siap "punch card". Belum sempat kaki menjejak  lantai aspal dah kena terjah dengan seorang rakan  (Mrs Radio)..duh!!! Jangan marah<Som> kalau ko baca entry Madre kali ni. Ko memang hebat pasal pot pet, ngok ngek...gedebak gedebuk dengan pelbagai soalan sampai perubahan jadual kursus yang bukan Madre buat pun ko tenyeh kat kepala Madre yang tengah serabut ni. Nasib baik Madre ni bukan kaki lenting, masih ada iman senipis kulit bawang, yup!boleh bersabar lagi nih....
Gara-gara tersalah terjah dan munkin nak tutup kesilapan agaknya.. mula buka cerita lain pula. Macam-macam cerita sepanjang ketiadaan Madre.....TERJEBAK!!
Madre tak tau macam mana nak " switch off radio " yang tak habis-habis bateri tu. Telinga pun dah naik sengal. Hampir setengah jam Madre  menjadi pendengar setia sambil sengeh-sengeh ..hmmm, haah, oohhhh, ehhh!!! kihkihkih...
Hah! ternampak seorang staf bawa kamera dan  snap gambar longkang depan Auditorium." Apa hal tu?"  Mrs. Radio terhenti sekejap bila suara Madre tiba-tiba menyergah...


Madre agak ketinggalan, rupa-rupanya kehilangan  besi penutup longkang dah berlaku di merata tempat.
http://rjuna.net/pasca-kecurian-kabel/
Mungkin bahana permintaan serta harga yang agak tinggi yang ditawarkan oleh premis barang terpakai dan besi buruk kabarnya boleh mencecah kira-kira RM600 ke RM1000 satu tan (60 sen ke RM1.00 sekilogram).
Kecurian besi penutup longkang di sekeliling premis  (Blok Latihan) merupakan  satu lagi  perkara yang perlu Madre  uruskan.  Hari ini seorang staf  yang sarat mengandung hampir tersungkur masuk longkang gara-gara kehilangan besi penutup yang baru disedari selepas cuti empat hari (Cuti Umum Tahun Baru Cina).  Tak kan besi longkang pun nak kena rantai kunci kot!!



M.S grating- besi tutup longkang

pinjam gambar google
Nak jadi apa entah, lepas ni apa pula yang hilang. Jangan ada yang hilang nyawa, sudeiyhh....
Grrrrrrrr....geram betol ni!! macam nak keluarkan taring.


Kalau Madre buat laporan polis boleh ke?? Dah tentu Jabatan kena rembat... smash tak berbalaslah jawabnya sebab masa cuti hari itu memang tidak ada pengawal yang jaga kawasan gara-gara nak jimat bayaran elaun lebih masa. Bajet Ciputtt..jabatan kekurangan peruntukan..Pekerja pula tak cukup pendapatan, tak takut hukuman Tuhan...Jual barang curi untuk kasik makan anak bini...huhhhh..... Madre macam prejudis kat kakitangan pula.

Arggghhh, tak pasal-pasal Madre menceceh!!! tak  kuasa mak!
Orang lain makan nangka, orang lain kena getah...
baik hepi2 jer....

SENYUM, SENYUM, KALAU TAKDE ORANG NAK SENYUM KAT KITA...
KITA SENYUM KAT DIRI SENDIRI DEPAN CERMIN GITEWWWW.

where could be her darling..

1 comment:

Mami DindaBella said...

oh ada jugak ye kecurian kat itu..bahaya kan sampai nak tersungkur orang tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...