Saturday, July 30, 2011

Panjang2kan Wasiat Ini

SUMBER=>Wasiat Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang
ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka 
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 
  
1 : HAK KEPADA DIRI 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT. 
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, 
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat 
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
3 : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang 
tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud
dan membantu orang yang dizalimi. 
4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat 
dan nasihat menasihati. 
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL 
PADA HARI KIAMAT
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 
6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA
PADA HARI AKHIRAT) 
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi
dan memperelok akhlak. 
8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima
bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari 
melakukan maksiat. 
9 : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
10 : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...