Friday, July 1, 2011

Terong Pungaq

Kecubung (klik sini)

Nama Tempatan:Kecubung
Nama Saintifik:Datura Metel Linn
Nama Lain:Horn Of plenty,angel"s trumpet,Downy thorn apple,Devil"s trumpet,
Famili:Solanaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar

Keterangan:

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak.
Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun.Tinggi pokok kecubung selalunya
kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kini kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik.
Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.
Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil.
Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.
Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.
Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin.
Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.
Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
***Amaran:
Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian
tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya
kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam
keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

Kegunaan:

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma,
rheumatik,sakit pinggang dan bisul.
Untuk asma,10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan
rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatakan dapat merawat resdung.
Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa.
Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.
Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih
secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian
yang sakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...