Saturday, July 30, 2011

Panjang2kan Wasiat Ini

SUMBER=>Wasiat Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang
ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka 
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” 
  
1 : HAK KEPADA DIRI 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 
2 : HAK KEPADA MALAIKAT MAUT. 
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, 
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat 
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 
3 : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang 
tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud
dan membantu orang yang dizalimi. 
4 : HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat 
dan nasihat menasihati. 
5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL 
PADA HARI KIAMAT
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 
6 : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA
PADA HARI AKHIRAT) 
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 
7 : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi
dan memperelok akhlak. 
8 : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima
bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari 
melakukan maksiat. 
9 : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung
kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 
10 : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 

Keajaiban Ciptaan Ilahi


WASHINGTON – Para ilmuwan di Amerika Syarikat (AS) telah menemukan fosil spesies semut terbesar yang pernah hidup di Bumi.
Ukuran semut tersebut adalah sekira 5 cm dan diduga hidup sekira 50 juta tahun lalu. Demikian seperti yang dikutip dari ABC News, Khamis (5/5/2011).
Bagaimana semut raksasa tersebut hidup dan apa yang dimakan, sampai saat ini belum diketahui, namun tak terbantahkan kalau fosil bernama Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang impresif.
Titanomyrma Lubei adalah fosil semut terbesar, dengan berat sama seperti burung ukuran kecil. Bahagian belakang semut ini juga berundak-undak seperti lebah.
Fosil semut raksasa ini sama dengan fosil yang ditemukan di Eropa, yang juga berasal dari zaman Eocene Epoch, sekira 50 juta tahun silam.
Benua Eropa dan Amerika Utara jaraknya berdekatan pada 50 juta yang lalu. Para ilmuwan mengatakan kalau semut tersebut menjelajah dari satu benua ke benua lainnya melalui pulau yang dulunya ada di sekitar wilayah tersebut.
(ATA)
Huurm, semut raksasa? Entah berapa skala ukuran fosil untuk mengkategorikan semut itu sebagai raksasa pun tak tahu? Adakah penemuan ini dikategorikan sebagai penemuan pelik atau ajaib? (sumber)

Nur Tuhan


NUR TUHAN(Album : Pelita Hidup IV Perjalanan)

Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yang menghijab hati
Hitung dosa saat pergi tak kan kembali
Sisa umur tidak kunjung lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir tak kan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Ke manakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku

Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti ditempa
Tanam budi luhur murni
Di akhirat tempat abadi

Himpun doa dipohon harapan
Limpah rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

Apabila Kau Terjatuh Dan Menangis

(sumber)

“Tampakkan sifat-sifatmu nescaya Dia akan membantumu dengan sifat-sifat-Nya. Tampakkan kehinaanmu nescaya Dia membantu dengan Kemuliaan-Nya. Tampakkan kelemahanmu nescaya Dia membantu dengan Kekuasaan-Nya. Tampakkan ketidakberdayaanmu nescaya Dia membantu dengan Daya dan Kekuatan-Nya.”
Ketika secara zahir Allah menjadikanmu taat melaksanakan perintah dan secara batin menganugerahkan sikap pasrah kepada-Nya, beerti Dia telah melimpahkan nikmat yang amat besar padamu. Sungguh rahsia-rahsia Allah itu Maha Seni sehingga terkadang engkau tidak menghargainya lantaran kaburnya mata hati.
Tunjukkan kemurahan kepada saudara-saudaramu. Biasakan dirimu memberi dan mengasihi. Memberi secara langsung adalah mengeluarkan harta dan menyerahkannya kepada mereka. Sementara, memberi secara tidak langsung adalah menunjukkan perhatian. Jangan bakhil dan menahan apapun yang mampu kau berikan kepada mereka. Kerana keramahan, kemurahan dan kelapangan merupakan inti perjalanan. Siapa saja yang menjaga sifat-sifat itu dalam hidupnya, nescaya seluruh rintangan yang menghalangi dan mengotori mata hati akan sirna.
Berikan khabar gembira kepada malam bahawa fajar akan tiba; mulai dari puncak pergunungan hingga ke lembah-lembah. Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman bahawa jalan keluar akan segera datang secepat cahaya dan sekejap mata.
Allah tidak pernah mensia-siakan kita, hanya kita yang mensia-siakan peluang dan masa yang Allah berikan pada kita. Istighfar.
Dia yang memiliki, Allah memiliki segala-galanya.

Tuesday, July 26, 2011

Petugas "Veterinawan" betul ke ni?

Assalamu'alaikum,
Setelah hampir sebelas tahun, baru sekarang Madre Amor merasa kembali sebagai seorang "veterinawan" yg. bertugas di lapangan dan mendekati haiwan-haiwan peliharaan penternak. 
Sebelum ini pun bukan tak pernah  kerja  ladang tapi masa itu di Kluang, Johor. Bila berpindah ke Negeri Melaka, Madre jadi Pengelola Pusat Latihan dan hanya melakukan tugas2 pentadbiran dan latihan sahaja. 
Peredaran masa selari dengan putaran roda kehidupan. Sekarang, bila Dr. Lo Sheau Wui yang mengetuai Bahagian Ladang Institut ini dihantar oleh jabatan berkursus keluar negara selama tiga bulan, Madre diarahkan menanggung kerja beliau. Nak tak nak, terima saja lah..SYMP..(Saya Yang Menurut Perintah)
bantu penternak dgn khidmat nasihat 

menternak suka2 pun perlu jaga alam sekitar juga

comel, tapi boleh tahan garang, bebeh! ttp xnak kalah

banyak juga itik dia

bercampur-baur itik penelur dan baka pedaging
MELAWAT LADANG AYAM CHAROEN POKPHAND (THAILAND)
Sangkar ayam pedaging bertingkat2 (di Tangkak)



Guna tangga beroda utk periksa ayam2 disangkar  atas

ayam jadi pemalas, tapi kesian hidup terkurung
tunggu masa disembelih

guna conveyor yg sama untuk transfer ayam ke lori dan juga
untuk keluarkan najis dari reban

guna "silo" utk simpan makanan ayam

Laluan berdisinfektan

Zual menemuramah Allen

Monte and Allen

Hani dak kecik  ( suke kacau  mami )
dah nak kawen, ahaks!!
feeling2 "mami jarum" boley?
MELAWAT LADANG PUYUH  PULA

akibat pengurusan yg poor...sampai dah luruh bulu

ketumbuhan dikepala (suspek fowl pox)


mangsa cannibalism


puru besar (suspek fowl pox)



lagi mangsa cannibalism?? sampai terkeluar organ

lagi..puru

masalah  puru yg serius



puyuh betina (kiri) - dada berbintik2
puyuh jantan (kanan) - dada berwarna coklat
akan bersambung next entry...

Monday, July 25, 2011

Kesian sangat2... bersabar je lah Pak Samad ..

Hikmah Bersujud

Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin masih ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud ketika sembahyang. Walhal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual iaitu berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. serta menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud dengan lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke  tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Sunday, July 24, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Setiap kali menjelang Ramadhan, 
nasyid ini akan berkumandang dan 
menggamit perasaanku










Berpisah sudah segalanya ...
Yang tinggal hanyalah kenangan ....
Diiringi doa dan air mata ...
Yang pergi takkan kembali lagi....






Comment  dari Ustaz Zamri Zainal Abidin
Hampir menutup Pc utk pulang, tiba-2 muncul gambar kenangan 5 tahun dulu. Hati sayu dan terus sebak, seiring mendung di luar Blok D IKIM. Betapa baiknya dia selaku seorang sahabat. Masih terngiang di telingaku gurauan kami yg satu itu setiap kali bertemu sambil berpelukan mesra, "amboi kita berpeluk dah tak rapat ke dada...(perut sama2 boroi)" Kemudian kami bersembang pelbagai isu 
  • 15 people like this.
    • Umar Ab Wahab Salam Ustaz, inilah tambatan hati antara dua insan kerana Allah.
      September 1, 2009 at 4:13pm · 
    • Ustaz Zamri Zainal Abidin 
      Serius mana pun isu yang kami bincang, wajahnya tetap ceria. Ada sahaja dalil atau hujah yang menokong bicara. Dia tidak pernah menyatakan "enta kena buat ni, buat tu" atau bicara seumpama arahan. Diri ini mudah sahaja menerima cadangan ker...See More
      September 1, 2009 at 4:15pm · 
    • Abe Mash suara ust lemak2 merdu..tak teringin ke jd Vokalis?
      September 1, 2009 at 4:18pm · 
    • Ustaz Zamri Zainal Abidin Jujurnya pemergian beliau amat dirasai oleh diri ini. Aku memahami kini bahawa seseorang sahabat yang baik itu tidak semestinya rapat kerana selalu bertemu tetapi ikhlasnya tautan hati.
      September 1, 2009 at 4:19pm ·  ·  1 person
    • Ustaz Zamri Zainal Abidin Lemak merdu? Banyak kategori..ana kategori DJ kot.
      September 1, 2009 at 4:20pm · 
    • Masliza Mohamed sedihnya..esp tiap kali dgr alunan zikir arwah di oasis ms waktu sahur..
      September 1, 2009 at 4:20pm · 
    • Suhardi Edward doakan untuknya...amin..huhu
      September 1, 2009 at 4:31pm · 
    • Hernita Mohd Jasni Insyaallah...smga Arwah ditmptkan dikalangan para solihin.sayu plak baca luahan hati ustaz ni...al-fatihah utk arwah ustaz asri
      September 1, 2009 at 6:05pm · 
    • Mohd Azmi Ismail pemergian ustaz asri ditangisi...
      September 1, 2009 at 6:25pm · 
    • Abdrahman Abdrani bak kata hadis melayu... harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh beliau.. Bagaimana pula kesudahan kita nanti..? Fikir-fikirkan...Wallahua'​lam..
      September 1, 2009 at 11:20pm · 
    • Ruslan Lah Bila ana 'on'kan handphone lama ana, di dalamnya masih ada dua sms, satu dari kawan baik dan satu lagi dari adik sendiri, terpegun seketika, kerana kedua-dua sudah meninggal awal tahun ini.
      September 2, 2009 at 12:06am · 
    • Abd Razak Shah terkesima seketika untuk membuat kan kita rasa kita akan hampiri ke dunie itu ,,
      adekah kita sudah bersedia ..
      sya harap lan sabar ,,
      ingatan saya pada emak n ayah saya kuat walaupun dia telah dia berpuluh tahun sudah ....
      September 2, 2009 at 7:39am · 
    • Ruslan Lah syukran
      September 2, 2009 at 9:59am · 
    • Arief Abdullah sehingga ke la ni ana masih mcm tak pecaya dia telah pulang. Untuk tidak menambahkan hiba hati ini, bila radio ikim dan sesekala TV mengumandangkan alunan suara lunaknya, ana trus off radio dan TV....lebih2 lagi dikala ramadhan ini...sedih sesangat..
      September 2, 2009 at 3:05pm · 
    • Abdrahman Abdrani Al kisah 2 artis tanahair yang Alim...Subhanallah. Kepada Ruslan, berbanyak sabar dan hadiah kan doa2 utk mereka, setiap org pasti merasai kehilangan...
      September 2, 2009 at 10:53pm · 
    • Ruslan Lah Syukran akhi Abdrahman
      September 3, 2009 at 9:55pm · 
    • Syidah Muhamad Al fatihah..hanya Allah yg dpt membalas budi ustaz asri. lagu2nya byk mengubat jiwa.
      January 13, 2010 at 3:45pm · 
    • Zalinda Mohd Ali Pertemuan n perpisahan 2 insan krn Allah. Ring tone HP saya pun adalah lagu live arwah 'Pergi tx kembali'. Sesungguhnya nasib kita tx sama di sana............
      February 21, 2010 at 12:02am · 
    • Mohd Nor Esmin Ustaz Z , seorang yang penyayang n perihatin , cuma ana sja yang terlewat masuk corum. Sibuk melampau. Demam dah skrg. Bawa berkat panas makkah.
      June 18, 2010 at 11:11pm · 
    • Khobil Harun Sapa yang kenai ust Asri ni pasti tak boleh lupakan dia.
      December 31, 2010 at 2:47pm · 
    • Akib Abdullah perginya seorang pejuang
      May 3 at 7:07pm · 

Al- Fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...