Thursday, July 7, 2011

Unggun Bersih - A.Samad Said


Semakin lara kita didera bara
Kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID


Samad Said: Najib 'memang kejamlah'
Abdul Rahim Sabri
(Jul 14, 11)
5:00pm

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak 
sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa
perdana menteri sebelum ini.


"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," 
katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang 
sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.


NONEMenceritakan kembali "kebengisan" polis dalam 
menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, 
A Samad (kiri) mendakwa pentadbiran Najib sekarang 
mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.


Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran
di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu
boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di 
internet yang mana kerajaan "berantakan dengan 
orang awam".


"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak
 boleh tipu. Cuma, malangnya 
dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah 
tentu kamu nampak berat sebelah,"
katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.


"Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak 
jentik-jentik, (itu) pun 
nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang
dipijak, (tetapi ada) yang
ditendang berulang kali," katanya.


Kepimpinan 'bangsawan'
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan,
selaras dengan kempen 
sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.


"Ya, saya mahu (beliau letak jawatan). Saya ikut (perkembangannya)
 amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat
 salah pun, menteri itu tunduk
 dalam Facebook, 
 depan orang.


NONE"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). 
Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil
menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".


Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang 
paling bagus, A Samad 
tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang 
penguasaan "bangsawan"
bagi jawatan itu.


Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, 
kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya
"hidup mudah".


"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang 
cantik sahaja.
Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat).


"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari 
bawah, bukan dari atas,"
 tegasnya lagi.


Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara
ini, sasterawan yang 
membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar 
untuk meramalkannya.


"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka 
undur ataupun jatuh. 
Itu harapan saya," katanya.


A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri 
dan Nigel Aw.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...