This Bersih 2.0 rally is not about science & religion. Think rationally & argue sensibly.
It was a gathering with totally no violence. No weapons, no looting, no fighting & of course,
NO RIOTING.
Just a peaceful congregation of people of diverse races, religions and backgrounds
to demand for a CLEAN AND FAIR ELECTION. That's all.
Terima kasih kepada Blogger Wanita TKO
(Klik sini)
Pejuang utk menegakkan kebenaran pastinya patuh utk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dgn Jiwa dan hati yg. BERSIH.
Di mana-mana saja
Di mana-mana saja
Semangat utk menegakkan kebenaran tetap membara tidak kira siapa, biar pun seorang pesara guru wanita
Selepas serangan polis & FRU
dia lebih hebat daripada Ibrahim Ali dengan keris telanjang
Pak Samad juga tidak ketinggalan
.HAKIKAT DEMONSTRASI (sumber)
Demonstrasi adalah satu kalimah Inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan Melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.
Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna.
Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.
Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu:
Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.
Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.
ISLAM DAN DEMONSTRASI
Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.
Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.
Demonstrasi aman itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;
a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.
Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak.
Sekiranya, cara non-muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.
Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non-muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;
a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan Ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.
Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.

Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain;
Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.
Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.
Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu:
(1) demonstrasi liar
(2) demonstrasi aman.
Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.
Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.
ISLAM DAN DEMONSTRASI
Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.
Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.
Demonstrasi aman itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;
a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.
b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.
c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.
Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak.
Sekiranya, cara non-muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.
Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non-muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;
a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan Ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.
b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.
Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.
Ingatlah! Setiap perbuatan dan tindakan kita akan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak
Semoga Allah mencucuri rahmat atas roh beliau. ALFATIHAH
No comments:
Post a Comment