Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بـِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya”. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)
Seorang ulama’ Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;
- Kurang mendapat petunjuk dari Allah
- Rosaknya pandangan dan akal fikiran
- Terhijab diri dari mengenali kebenaran
- Hati menjadi rosak
- Rendah sebutan nama di mata manusia lain
- Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
- Tidak disukai oleh makhluk Allah
- Hubungan dengan Allah menjadi renggang
- Doa tidak akan dimakbulkan Allah
- Hati menjadi keras
- Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
- Terhalang dari mendapat ilmu
- Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
- Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
- Dada sentiasa sempit dan resah
- Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
- Sentiasa dalam keadaan dukacita dan kebimbangan
- Kehidupan dan rezeki menjadi sempit
- Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
No comments:
Post a Comment