Wednesday, September 12, 2012

Padah jika "kite bako je"


Macam dah jadi trend masakini pula orang suka masak  makanan secara membakar/memanggang -barbeque -.Lebih2 lagi dimusim2 perayaan begini, sibuk di sana sini  orang buat open haouse dengan juadah "bbq" makanan laut,  ayam atau daging.
Memanglah sedap..tetapi ianya tidak begitu baik untuk kesihatan jika selalu sangat dimakan....^_^

Makanan seperti barbeque, satay atau terbaru kini burger bakar biasanya mengandungi bahan 'carcinogen' (warna hitam/carbon yang ada pada makanan tersebut)  yang boleh menyumbang kepada risiko untuk mendapat kanser.
Madre  rasa gerun bila terbaca artikal yang mengaitkan makanan  kegemaran Madre ie:satay dikatakan sangat  Signifikan menyebabkan Kanser.. Ooooohhhhh...SATAY!!!
Sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen. Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah.

Petua bagi mengurangi risikonya ialah jangan lupa makan timun, sebab dikatakan timun itu ada ANTI-KARSINOGEN. 
wallahu a'lam
Berpada-padalah...bukan tak boleh makan langsung benda2 macam ni.
'mencegah lebih baik daripada mengubati'.. ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...