Tuesday, January 3, 2012

Info Menarik dari HELWANI PPI UNITEN

Petua-petua : (Awet Muda Cara Islam)
1. Waktu terbaik melakukan urutan wajah : SEJURUS bangun dari tidur
  • Diurut dengan air
  • Bermula daripada bahagian bawah dagu sehingga ke atas dahi
  • Lakukan sambil berselawat ke atas Nabi 3x
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum sarapan pagi
PERINGATAN  : Mengurut wajah dari atas ke bawah dikatakan akan mempercepatkan proses kedutan!

2. Amalkan membaca doa bangun tidur

3. Sebelum mandi dan gosok gigi : Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan berselawatlah sebanyak 3x dalam hati

4. Semasa mandi (curahan pertama dari kepala) : Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38

5. Selepas selesai solat subuh

  • Amalkan membaca surah Yusuf
  • Minum air suam seelok-eloknya 3 teguk
  • Lakukan senaman ringan sambil menghirup udara segar
  • Berjalanlah tanpa kasut di halaman berumput yang masih berembun

6. Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik : Isnin, Khamis, Jumaat

  • Ikutilah sunnah Rasulullah dalam tatacara memotong kuku (rujuk gambar dibawah)
  SARANAN : Tanamlah kuku & rambut yang dipotong / gugur. Mudah-mudahan mendapat berkat di dunia & akhirat

7.Semasa berdandan di waktu pagi :

  • Baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan raup ke muka
  • Niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
  • Amalkan setiap pagi

 8. Ketika makan jangan disulam dengan minum air

  • Minumlah selepas setengan jam atau seelok-eloknya sejam selepas makan

9. Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah

10. Sentiasa melakukan solat tahajud, memohon diri agar sentiasa tenang dan bersikap positif

11. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan yang baik, niatkanlah segala-galanya kerana Allah

12. Tiada dendam di hati dengan memaafkan semua orang sebelum tidur

NOTE : Berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah al-Quran bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu
 
Kecantikan  luaran perlu dijaga
                tetapi 
jangan lupa  akan kecantikan dalaman 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...