Thursday, January 5, 2012

Cuci Mulut Atau Cuci Perut?


Dalam kajian Sains Pemakanan oleh Pakar-pakar Pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka: "Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.
Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa?


Sebabnya ialah buah-buahan  tidak dihadam di dalam perut tetapi ia dihadam di dalam usus kecil di mana ia mengeluarkan gulanya. 
Sekiranya terdapat CHO-karbohidrat,kentang ataupun daging di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan 


sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?


Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. 


ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)


MENGAPA BAIK MAKAN BUAH DAHULU (sumber)


 Al-Quran menyebutkan buah-buahan terdahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang-orang beriman yang berada di dalam Syurga;  Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan ( pilih ), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan …” (Surah Al-Waqi’ah, ayat 20-21) 
Dari Anas ra berkata : “Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Selepas makan tengahari biasanya kita akan mengantuk. Mengapa ini terjadi? Mungkin kerana nasi yang kita ambil terlalu banyak, atau mengambil buah selepas makan nasi. Ye ke? Bukankah makan buah itu menyihatkan dan dianjurkan? Dalam jamuan keramaian, kebiasaannya buah akan disusun di meja terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan anjuran Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan asasi. Selama ini, paradigma memakan buah selepas makan menjadi budaya yang tidak ditinggalkan dalam kalangan masyarakat walaupun hakikatnya pemakanan sebegini adalah tidak baik untuk kesihatan. Orang menganggap makan buah selepas makan adalah yang terbaik kerana buah adalah pencuci mulut yang semulajadi berkhasiat dan hakikatnya makan buah selepas makan membuatkan kita menjadi mual dan senak kerana perut kita mula dipenuhi dengan udara.
Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut, maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. 
Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.Beberapa asid amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin. Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan. Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses. Gaya pemakanan inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. 
Tidak hairanlah, selama hidupnya Rasullullah S.A.W tidak pernah sakit, kerana menjalankan gaya pemakanan yang sihat, salah satunya ialah makan buah sebelum makan makanan asasi. Rasulullah saw juga menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan memakan kurma atau anggur terlebih dahulu sebelum menjamah makanan lain. Seperti yang diceritakan oleh Anas ra : “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...