Wednesday, December 14, 2011

Pencemaran Alam


Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .


beginilah keadaannya, air kumbahan yg bertakung menimbulkan bau busuk.
Anak2 pelajar terpaksa berhadapan dgn situasi yg menjijikkan.

sedih dan simpati  terhadap nasib anak2 yg menghuni  apartment  ini

limpahan dari Hospital bersebelahan mengalir berterusan
TIDAK MUSTAHIL IA MENGANDUNGI PELBAGAI  MIKRO ORGANISMA PENYEBAB  PENYAKIT



kedudukan antara 2 blok bangunan .....(anak2 gadis menjadi mangsa skodeng)
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga .

Jenis-jenis pencemaran
Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi.
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya. .
  • Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:
a. Pencemaran Udara
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
b . Pencemaran Air
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .
(sangat2 menjijikkan dan rasa terkilan bila menyaksikan limpahan kotoran dari sebuah  hospital masuk ke perkarangan kawasan kediaman anak2 pelajar)
c . Pencemaran Tanah
Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Kesan-kesan Pencemaran
  • Mengancam Kesihatan Manusia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...