Sunday, August 14, 2011

Skodeng Di mana-mana


Kamera Dalam Tandas Perempuan Sekolah; 

Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.
[Gambar - kamera berbentuk penyangkut baju, sebagaimana yang digambarkan] (sumber)


Pada 31 Julai lalu, sebuah kamera tersembunyi telah dijumpai terpasang dalam tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2.

Seorang pelajar, Hee Sin Yee, 17, merasa pelik melihat 'penyangkut baju' dilekatkan di kedudukan rendah di pintu tandas lalu mencabutnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk 'penyangkut baju' itu adalah terdiri dalam kalangan pelajar sekolah itu sendiri.

Menurutnya, kad memori kamera itu telah pun dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.

“Siasatan awal yang kita jalankan turut dapati di dalam kad memori itu terdapat gambar pelajar perempuan, justeru kita percaya kamera berbentuk penyangkut baju itu telah merakam beberapa gambar sebelah ia dijumpai,” katanya
-buletinonline


Anda takut diskodeng oleh golongan sex maniac?


Sila lakukan ujian ini setiap kali mengunakan bilik tak kira dihotel, bilik mandi, tandas dan sebagainya.

Caranya:
Sentuh hujung jari anda di atas permukaan cermin tersebut. Kemudian lihat hujung jari anda dari sudut kiri dan kanan. Sekiranya mempunyai ruang diantara jari, maka itu adalah cermin nyata (cermin sebenar). Jadi anda tidak perlu risau untuk menggunakan bilik tersebut.


skodeng Awek bogel
Akan tetapi sekiranya anda mendapati tiada langsung ruang diantara jari anda, maka itu adalah cermin dua arah dan dinasihatkan supaya meninggalkan bilik tersebut. Nanti tak pasal² video ataupun gambar anda dalam keadaan bogel dijadikan bahan peras ugut ataupun disebar diInternet!

cermin skodeng Awek bogel

** Hi!! Madre yang dah tua ni pun kalau test pakaian kat 'changing room' shopping complex, selalu belek² cermin kat dalam tu dulu !

Sumber Rujukan: Cermin Skodeng Di Bilik Persalinan!  

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...