Assalamua'laikum,
Harap-harap semua orang disekeliling Madre merasa gembira, ceria dan tidak tertekan disebabkan perbuatan dan tindak-tanduk Madre.
Kadang-kadang secara tidak sengaja seorang ketua boleh menyebabkan kakitangan bawahan merasa tertekan. Ibu-bapa merasa tertekan oleh perbuatan anak-anak. Suami merasa tertekan oleh permintaan isteri yang bukan-bukan. Anak merasa tertekan oleh harapan tinggi ibu-bapa dan macam-macam lagi perkara boleh menekan perasaan. KESEMPITAN HIDUP?, KESESAKAN JALANRAYA?....bla bla bla...terlalu banyak perkara menjadi punca tekanan perasaan.
Tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya.
~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Satu petua yang ingin di kongsikan disini untuk meredakan tekanan perasan ialah teknik pernafasan.
Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula proses ini dari awal sebanyak 4 kali.

Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun
Petikan dari: Osman Affan October 14 at 11:49pm
2 comments:
AIYARK UMMI~ tulisan naper halus sangat? hihihi,..berair mata kita nak bacer..hoho
okey, ummi sudah tukar saiz font nya
Post a Comment