Friday, December 31, 2010

Tika Berkabus

Assalamu'alaikum, 
Madre Amor semasa muda-muda dulu (zaman remaja) memang sangat meminati puisi. Sajak-sajak Madre pernah juga tersiar di radio dalam rancangan "Dari Kampus Ke Kampus" pada sekitar tahun lapan puluhan dulu. Setelah bekerja dan berumahtangga minat tersebut hilang disebabkan kesuntukan masa; tetapi semenjak kebelakangan ini bagaikan ada satu rangsangan menyebabkan minat tersebut timbul semula. 
Madre ingin mengongsi sajak tulisan Puan Anie Din dalam blog ini sebagai penghargaan kepadanya.

TIKA BERKABUS
by Anie Din on Thursday, December 30, 2010 at 4:36pm

Tika berkabus dan hujan rintik
Daun jendela terkuak sedikit
Semilir bayu terpa menghimpit
Dalam diam mengeringkan kulit
Sering kudengar suara serindit
Namun kini kurang berdecit
Tidak lagi riuh membingit
Mungkin kedinginan sedang berhimpit
Memandu kasih cinta diulit

    • Moy Rahmat kapan kabus akan pergi
      biar suria bertamu lagi
      serindit berdecit girang sekali
      dan hari2 ku ceria kembali



    • Anie Din
      lenyap kabus ganti jerebu
      bagaimana hati hendak ceria
      ..hidung berhingus bersin selalu
      kelopak mata nak bertangkup saja

    • Ella Sweet malam cintaku bunda
      boleh tanya ??
      tika itu apa? kabus itu apa ?
      maaf aku kurang faham bunda
        

Thursday, December 30, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki..

 Assalamu'alaikum,
 
Madre terbaca tulisan yang agak menarik ini ditulis oleh saudara kita (agaknya tentulah lelaki) tentang kaum sejenis Madre. Ada setengahnya memang Madre setuju  dan menyeru kepada kaum Adam yang belum tau  silalah ambil tau.
Ada banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.

1. Bila sorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Perempuan sukar mencari perkara yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai perempuan yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang perempuan itu jatuh cinta kepada seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada dalam fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood perempuan

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja gagang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi perempuan.Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang perempuan,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi

16. Jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh gadis ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hai atau Assalamu'alaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasai dan lalui.

24. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua perempuan mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata orang perempuan ialah airmata!!

28. Perempuan suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat perempuan pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati perempuan kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap perempuan tapi zaman sekarang ini lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas  . :-)
by Mtd Kota Lama on Monday, November 8, 2010 at 10:37pm

Wednesday, December 29, 2010

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASIN





















Assalamu'alaikum,


Marilah kita mengamalkan mebaca surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan  seperti berikut:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang 

munafik.












Tuesday, December 28, 2010

AL FATIHAH

Nama-nama al-Fatihah

Ummul-kitab   -  Ibu al-Quran
al-Hamd           -  Segala puji
al-Syifaa'          -  Penawar
al-Waafiah        - Yang cukup (semua ada di dalamnya)
al-Kaafiah         - Yang cukup (yakni cukup dengan  membacanya sahaja)


Fatihah Turun Sekaligus (oleh: Dr. Fatma Elzahra Muhamad Ramadan)
Ingat baik-baik, tak ada surah dalam seluruh al-Quran yang turun sekaligus melainkan al-Fatihah. Kalau surah lain walau pun pendek seperti surah wal-'asr, bagi orang MALAS boleh bahagikan bacaan wal-'asr itu untuk dua rakaat. Itu bagi orang malas sangatlah.Tak salah dari segi hukum. Tapi Fatihah tak boleh dibahagi dua begitu. Cannot. Tak sah sembahyang. Pasal apa? Fatihah ini "complete" al-Quran. Semua sekaligus, everything in.

Rasulullah SAW bersabda  maksudnya :


1."Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Quran yang aku dapat. Tidak ada dalam Taurat dan Injil seperti Ummul Kitab"


2. "Barangsiapa solat tak baca al-Fatihah, solat dia tak sah, tidak  diterima oleh Allah SWT.


Seluruh Quran berada dalam al-Fatihah. Pernah Rasulullah SAW katakan kepada isteri-isterinya sebelum tidur, "Wahai Aishah, wahai Hafsah, sudahkah khatam Quran sebelum tidur?" Mereka terkejut, lalu bertanya: Bagaimana hendak khatam Quran sebelum tidur, ya Rasulullah? Quran itu panjang, 114 surah, 30 juzuk, 6,666 ayat. Macamana nak khatam? 
Rasulullah senyum (bersabda):

3. "Kalau baca al-Fatihah sekali, sama banyak dengan khatam al-Quran"

MASYA ALLAH! MARILAH SEMUA BERSAMA-SAMA MADRE AMOR MENGAMALKAN  APA YANG NABI TELAH AJARKAN.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" 

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم...
 

2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
 ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين

3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" 

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)" مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين

5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" 

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ

7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ 
أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ

Sunday, December 26, 2010

JIWANG -JIWANG ORANG LAMA

 

Assalamu'alaikum,
Madre sebenarnya baru nak belajar masukkan video dalam blog ini. Cuba-cuba sendiri sambil menghadap  tv dengan hubby. Macam-macam perkara baru yang Madre ketinggalan tapi tak naklah  kacau anak dara Madre (guru Madre buat blog) yang tengah buat taik mata  kat bilik tu, maklum sajalah keletihan baru balik shopping di Mydin Mall.
Hadoi aiiii.....
"Bang, bang!!" (dengan nada memanggil )
"Apa bang, bang  lagi?!!..Zohor dah nak habis , tunggu bang  'Asar le pulak" 

wakakakakaaaa... bangangnya dialog  cerita kat tv tu.

Lebih baik layan lagu Tan Sri S.M Salim



TAK SEINDAH WAJAH

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Friday, December 24, 2010

PERASAAN TERTEKAN??

Assalamua'laikum,
Harap-harap semua orang disekeliling Madre merasa gembira, ceria dan  tidak tertekan  disebabkan perbuatan dan tindak-tanduk Madre. 
Kadang-kadang secara tidak sengaja  seorang ketua boleh menyebabkan kakitangan bawahan merasa tertekan. Ibu-bapa merasa tertekan oleh perbuatan anak-anak. Suami merasa tertekan oleh permintaan isteri yang bukan-bukan. Anak merasa tertekan oleh harapan tinggi ibu-bapa dan macam-macam lagi perkara boleh menekan perasaan. KESEMPITAN HIDUP?, KESESAKAN JALANRAYA?....bla bla bla...terlalu banyak perkara menjadi punca tekanan perasaan.
Tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. 
~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
 
Satu petua  yang ingin di kongsikan disini untuk meredakan tekanan perasan ialah teknik pernafasan. 
Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi  satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat untuk menghilangkan tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula proses ini dari awal sebanyak 4  kali. 
Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun 
Petikan dari: Osman Affan October 14 at 11:49pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...