Pegawai cukai minta rasuah dapat ular
LUCKNOW: Dua petani yang sudah bosan kerana asyik diminta
memberi rasuah, bertindak membawa tiga beg berisi ular sebelum
membukanya di sebuah pejabat cukai menyaksikan keadaan kecoh
kerana kemunculan reptilia itu.
Mereka meminta rekod cukai tanah mereka di kampung berdekatan
Narharpur, tetapi pegawai cukai menahan fail mereka selama
beberapa minggu dan meminta rasuah.
Polis masih menjejaki petani itu yang dikenali sebagai
Hukkul Khan dan Ramkul Ram. Khan adalah penjinak ular.
Kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies, termasuk
sekurang-kurang empat jenis ular tedung berbisa menjalar
di pejabat itu.
“Kehadiran ular itu menyebabkan kerani dan penduduk di dalam
pejabat melompat ke atas meja atau bergegas keluar kerana
ketakutan dalam kejadian di Basti, kira-kira 300 kilometer
tenggara Lucknow,” kata pegawai negeri Uttar Pradesh,
Ramsukh Sharma.
No comments:
Post a Comment