Wednesday, January 25, 2012

Aku Keliru

ADAT TEPUNG TAWAR TAK HARAM KE...? 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Sg_purun_tepung_tawar.jpg 



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menepung tawar Van Skuad Sayang di Perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini sambil diperhatikan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. - Foto BERNAMA
 ·  · Share · 6 hours ago
Adat Merenjis Tepung Tawar biasanya dilakukan setelah selesai melakukan sesuatu upacara . Renjisan itu dilakukan untuk “ mengambil berkat “ ( konon – kononnya ) dengan “ tepung tawar “ itu , supaya menjadi “ putih bersih “ dari aral dan bahaya, dan supaya terlepas dari penyakit dan dukacita.

Seseorang bomoh akan melakukan “ pelepas “ setelah sesuatu hajat ataupun kenduri diadakan . “ Pelepas “ itu biasanya menggunakan daun kelapa dan tepung tawar di samping jampi-serapah yang berbeza di antara seorang bomoh dengan bomoh yang lain , menurut ajaran yang mereka pelajari ( turuti ) .

Selepas jampi-serapah selesai dibaca dan “ dipelepaskan “ pula hajat ataupun sesuatu kenduri itu dengan menggunakan daun kepala , sang bomoh itu pula akan menandakan ( mencalit ) di dahi orang yang hadir berhampiran upacara itu ( ataupun para penghuni rumah itu ) dengan “ tepung tawar “ .

Menurut Pak Nik Man ( seorang Bomoh Di Raja yang menetap di Pengkalan Chepa , Kelantan DN ) , upacara “ tepung tawar “ juga dilakukan kepada seseorang yang ingin naik ( masuk ) ke rumah barunya . Begitu juga dengan beberapa upacara perasmian / pembukaan . Dan menurutnya lagi , amalan ini sebenarnya melanggar aturan bomoh dari zaman dulu .

Orang – orang Melayu menggunakan “ tepung tawar “ yang dibuat daripada beras kerana beras itu sendiri mempunyai “ semangat “ yang dibergelar “ Seri Mani “ dan ia dipuja kerana ia memberikan manusia kehidupan , kesihatan dan kekuatan .
Pak Nik Man juga menjelaskan bahawa adat / upacara ini sebenarnya berasal daripada perbuatan orang – orang Hindu yang menggunakan “ Abu Suci “ ( menurut kepercayaan mereka ) lalu ditandakan ( dicalitkan ) di dahi – dahi mereka , dan apabila adat ini “ diterima-pakai “ oleh orang-orang Melayu , mereka telah menukar-gantikannya dengan “ tepung tawar “ .

Adat “ menepung tawar “ ini , sama ada ianya dilakukan kepada mana – mana manusia , ataupun kenderaan , ataupun rumah dan sebagainya ADALAH SATU PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM , MALAHAN IA SENDIRI BOLEH MEMBAWA KEPADA KEPERCAYAAN YANG KHURAFAT ( KARUT – MARUT ) DAN BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ITU MELAKUKAN DOSA SYIRIK ( Na’uzubilLahi Min Dzalik ) .

Ianya boleh menyebabkan syirik dan batal aqidah seseorang kerana mempercayai ianya boleh “ menolak bala “ dan “ menarik manfaat “ , walhal kuasa itu HANYALAH kuasa mutlak ( total ) bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala .

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah al-An’am , ayat 17 :
وَإِن يَمْسَسْكَ اللّهُ بِضُرٍّ فَلاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ هُوَ وَإِن يَمْسَسْكَ بِخَيْرٍ فَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدُيرٌ

Ertinya :  “Jika Allah menimpakan kepada kamu sesuatu kemudharatan ( seperti bala – bencana ataupun kesakitan ataupun kefakiran ) , maka tiada siapa yang dapat mencegahnya ( menolaknya ) melainkan DIA sendiri , dan jika DIA mahu memberikan kepada kamu sebarang kebaikan ( seperti kesihatan ataupun kekayaan ) , maka DIA sangat berkuasa di atas segala sesuatu ( sehingga tiada siapa juga yang dapat menghalang-Nya daripada memberikan kebaikan itu kepada kamu ) .

Mereka yang melakukan upacara “ tepung tawar “ ini sendiri  TIDAK TERJAMIN SELAMAT  daripada sebarang bencana ataupun ujian hidup di dunia ini . Maka bagaimanakah pula mereka boleh percaya dengan amalan yang mereka lakukan itu ?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...