Petua-petua : (Awet Muda Cara Islam)1. Waktu terbaik melakukan urutan wajah : SEJURUS bangun dari tidur- Diurut dengan air
- Bermula daripada bahagian bawah dagu sehingga ke atas dahi
- Lakukan sambil berselawat ke atas Nabi 3x
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum sarapan pagi
PERINGATAN : Mengurut wajah dari atas ke bawah dikatakan akan mempercepatkan proses kedutan!
2. Amalkan membaca doa bangun tidur
3. Sebelum mandi dan gosok gigi : Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan berselawatlah sebanyak 3x dalam hati
4. Semasa mandi (curahan pertama dari kepala) : Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38
5. Selepas selesai solat subuh
- Amalkan membaca surah Yusuf
- Minum air suam seelok-eloknya 3 teguk
- Lakukan senaman ringan sambil menghirup udara segar
- Berjalanlah tanpa kasut di halaman berumput yang masih berembun
6. Amalan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik : Isnin, Khamis, Jumaat
- Ikutilah sunnah Rasulullah dalam tatacara memotong kuku (rujuk gambar dibawah)
SARANAN : Tanamlah kuku & rambut yang dipotong / gugur. Mudah-mudahan mendapat berkat di dunia & akhirat
7.Semasa berdandan di waktu pagi :
- Baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan raup ke muka
- Niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.
- Amalkan setiap pagi
8. Ketika makan jangan disulam dengan minum air
- Minumlah selepas setengan jam atau seelok-eloknya sejam selepas makan
9. Rajin-rajinlah membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah
10. Sentiasa melakukan solat tahajud, memohon diri agar sentiasa tenang dan bersikap positif
11. Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan yang baik, niatkanlah segala-galanya kerana Allah
12. Tiada dendam di hati dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
NOTE : Berselawatlah ke atas Nabi dan bacalah al-Quran bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu
Kecantikan luaran perlu dijaga tetapi jangan lupa akan kecantikan dalaman
No comments:
Post a Comment