Tuesday, October 22, 2013

Tujuh Ciri-ciri Wanita Cantik

Ciri-ciri Wanita Cantik 

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.

Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4) TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.

Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6) MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.

Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

**Maksud Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
Gambaran Bidadari dalam Hadits Ath-Thabarany menuturkan, kami diberi tahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Hassan, dari Al-Hassan, dari ibunya, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.” Beliau menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.” Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah,
“˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Al-Waqi’ah: 23) Beliau menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.” Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah,
“˜Di dalam syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Beliau menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.” Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung onta) yang tersimpan dengan baik.” (Ash-Shaaffaat: 49)
Beliau menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”
gambar kartun muslim 21

Wednesday, October 2, 2013

Bahaya Panadol

Tak kira lah ‘panadol tiruan’ atau ‘panadol tulen’ sebenarnya panadol amat merbahaya dan mengancam kesihatan.

(sumber)

Kenapa panadol berbahaya? Panadol@ paracetamol atau nama saintifiknye acetaminophen merupakan salah satu painkiller utama yang sering diambil untuk menghilangkan sakit. Panadol dikira efektif dan lain dari painkiller yang lain (ponstan, aspirin) kerana ia bertindak terus ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit. Panadol dikatakan lebih berbahaya dari penyalahgunaan steroid adalah kerana panadol mudah didapati serta dijual di merata tempat.

Maka, kebanyakan orang yang ingin membunuh diri memilih panadol disebabkan faktor ini. Panadol@ paracetamol berbahaya jika diambil selalu, ataupun diambil sekaligus. Had atau limit bagi seseorang dalam masa 24 jam untuk menyebabkan ketoksikan hati adalah 7.5 g (atau = 13 biji ). Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk.
sudah dijelaskan oleh para doktor bahawa sakit kepala, hal itu disebabkan oleh ketidakseimbangan elektron/ion di otak. Sebagai solusi alternatif untuk menangani masalah ini mereka menyarankan untuk membeli 1 atau 2 botol minuman isotonic dan mencampurnya dengan air dengan perbandingan 1:1 atau 1:2 (1 gelas isotonik dicampur 1 atau 2 gelas air)
Atau kaedah lainnya adalah merendam dengan air hangat kaki anda sehingga menurunkan tekanan darah dari kepala.
(Info dari )

Apa akan terjadi jika diambil melebih daripada dos sepatutnya?(sumber)
Kegagalan hati (hepatotoxicity) yang boleh membawa maut. Ini bukan perkara main-main kerana pada awal tahun ini di negara kita sahaja sudah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perempuan di utara tanah air yang overdose Panadol. Buat mereka yang mengambil minuman beralkohol secara kerap atau mengidap penyakit berkaitan dengan hati, hanya dengan 2 tablet sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membunuh anda serta merta.
Menurut laporan daripada “The Medical Journal of Australia“, mereka yang tidak cukup makan (ambil panadol dengan perut kosong), minum terlalu banyak minuman beralkohol dan sedang mengambil preskripsi ubat tertentu adalah cenderung untuk menerima kesan toksik daripada Paracetamol. Malah, mereka yang mengalami sakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik yang sama.
Selain itu, kajian awal juga telah menunjukkan mengambil Paracetamol sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun berisiko untuk membawa beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel.
Kesimpulannya?
Kebanyakkan ahli farmasi dan para doktor masih merumuskan Paracetamoladalah selamat untuk di ambil dalam dos yang betul, dan dalam tempoh tertentu sahaja. Jangan jadikan Paracetamol/Panadol sebagai gula-gula yang boleh dikulum dan ditelan setiap hari, meskipun penjualannya di Malaysia adalah sedikit longgar, tidak bermaksud cara pengambilannya juga adalah longgar. Mengambil Paracetamol/Panadol dalam kuantiti yang melebihi daripada yang disyorkan adalah satu perkara yang AMAT SERIUS! Maut jawabnya, maut!Sekiranya anda rasa sakit yang dialami itu masih belum lega meskipun sudah mengambil Paracetamol dalam cara yang ditetapkan, jangalah memandai-mandai menambah dos sesuka hati mengikut citarasa anda, sebaliknya berjumpalah dengan doktor dan dapatkan khidmat nasihat daripada mereka. Ingatlah, Panadol dicipta bukan untuk merawat, tetapi untuk melegakan.
Sumber rujukan sampingan:http://www.pharmweb.net/pwmirror/pwy/paracetamol/pharmwebpic3.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...