Saturday, August 24, 2013

Suami/Isteri Yang Menuju Bahagia

Kajian mendapati,antara perkara-perkara yg dilakukan oleh suami/isteri yg kekal bahagian ialah;

1.Mereka bersikap positif terhadap pasangan.Mereka suka memuji,cepat memohon maaf,mudah memberi maaf,tidak suka mengkritik,banyak bertolak ansur,bertimbang rasa dan sabar.

2.Mereka memberitahu dengan jelas apa yg mereka harapkan daripada pasangan mereka.

3.Mereka saling suka-menyukai kaum keluarga dan sabahat handai pasangan mereka.

4.Mereka suka membuat aktiviti bersama-sama,termasuk membuat kerja-kerja dalam rumah,sambil bekerja sambil bercakap-cakap.

5.Mereka suka bercakap mengenai komitmen mereka terhadap satu sama lain.Mereka suka bercakap perkahwinan mereka akan kekal hingga akhir hayat dan mereka suka bercakap mengenai kesetiaan mereka.

Kajian-kajian juga mendapati hubungan suami/isteri yg intim mempunyai ciri-ciri berikut;

1.Kedua-dua belah pihak sangat menaruh kepercayaan pasangan mereka mencintai dirinya dan setia.Oleh itu perasaan cemburu buta,sangsi dan curiga sangat minimun.Dengan demikian,apabila mereka bercakap,bahasa yg mereka gunakan adalah bahasa yg menggambarkan rasa cinta,kasih sayang,kepercayaan dan kesetiaan mereka.

2.Mereka banyak bercakap kepada pasangan secara telus dari hati berkenaan apa yg mereka sedang fikirkan dan rasakan.Oleh itu masing-masing tahu apa yg ada dalam fikiran dan lubuk hati pasangannya.Mereka tidak berdusta dengan cara memendamkan perasaan mereka yg sebenar.

3.Mereka suka bercakap apa yg mereka rasa berkenaan perkahwinan mereka dan hidup berdua.Mereka suka menyatakan perasaan mereka berkenaan hubungan mereka.
Umpamanya,mereka memberitahu mereka puas hidup bersama,meskipun tidak mewah seperti orang lain.

P/s : Komunikasi yg mengandungi ketiga-tiga di ciri di atas disebut 'pendedahan diri' kerana ia membenarkan pasangannya mengetahui siapa dirinya sebenar.
(link)



Credit : Prof.Abdulullah Hassan / Ainon Mohd. [ Suami/Isteri ]


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...