Walaubagaimanapun, jika dia masih boleh mengingati kewajipan solat dan membezakan antara solat, maka hendaklah melakukannya setakat kemampuan.
http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/pesakit-strok-mengalaman-dementia-lupa.html
APA DIA PENYAKIT ALZHEIMER (DEMENTIA)
Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka. Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.
.
Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.
.
DAYA INGATAN
.
Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.
.
RISIKO
.
.Sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.Simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.
.
DIAGNOSISSekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal dementia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif.Ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.
.
SEJARAHMengimbas sejarah Alzheimer, penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Dementia boleh dibahagikan kepada dua, pertama dementia berbalik (reversable) yang boleh dikawal dan kedua tidak berbalik iaitu kekal. Hasil daripada bedah siasat terhadap seorang wanita, Dr. Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).
.
OLEHRabiatul Adawiyah Koh Abdullah
.
UNTUK RUJUKAN LEBIH LANJUT SILA KE LAMAN PROFESIONAL
.
Berikut beberapa tips yang dapat mencegah atau menurunkan resiko terjadinya pikun berdasarkan hasil dari berbagai penelitian medis:.
- Menjaga kepala dari benturan keras atau luka berat. Makanya selalu gunakan helm saat mengenderai sepeda motor, kegiatan konstruksi lapangan dan kegiatan-kegiatan lain yang dapat membahayakan kepala ^_^
- Membaca dan menulis. Kegiatan ini dapat melatih dan menstimulasi sel-sel saraf otak. Itulah sebabnya saya suka sekali nongkrongin Kompasiana, membaca tulisan-tulisan yang membuat kita berpikir dan membuat tulisan yang membuat orang berpikir ^,^
- Bermain catur dan permainan sejenis. Kemarin saya ngobrol-ngobrol dengan seorang kakek yang telah saya kenal semenjak saya SD. Usianya saat ini 84 tahun, sama sekali tidak menunjukkan gejala-gejala pikun. Bermain catur adalah kegiatan yang selalu dilakukannya hampir tiap hari di kedai rumah makan orangtua saya.
- Melakukan permainan memori. Kegiatan ini dapat meningkatkan dan menajamkan kemampuan otak, seperti teka-teki silang, teka-teki matematika dan logika dan menikmati permainan optical illusions misalnya pada gambar 4. Situs www.michaelbach.de/ot/ merupakan salah satu situs yang sangat menarik mengenai optical illution. atau bisa juga pembaca melihat tips pribadi saya dalam melatih dan meningkatkan daya ingat di link ini, "Cara Mudah Meningkatkan Daya Ingat".
- Gaya hidup sehat. Berolahraga secara teratur, menghindari kebiasan-kebiasaan buruk seperti merokok dan menkonsumsi alkohol. Mengkonsumsi makanan dan minuman sehat, makanan yang sangat baik untuk kesehatan otak diantaranya adalah coklat hitam, buah alpukat, blueberry, ikan salmon dn telur. Sebaiknya gaya hidup sehat disesuaikan dengan jam biologis. Mengenai jam biologis dan gaya hidup sehat bisa dibaca di link ini, "Harmonisasi Gaya Hidup Sehat dengan Jam Biologis". Gaya hidup sehat juga mencakup kegiatan-kegiatan rekreasi dan hobi misalnya fotografi, melukis dan mengutak-atik sepeda motor atau komputer.
- Aktivitas Sosial. Menjalin tali kekeluargaan, persahabatan, menghadiri undangan pesta dan kegiatan-kegiatan sosial lainnya dapat menjaga dan meningkatkan kemampuan otak, khususnya bagian otak yang mengatur fungsi komunikasi.
- Aktivitas Spritual. Aktivitas ibadah memiliki peran yang cukup signifikan dalam menjaga dan meningkatkan fungsi otak. Tidak mengherankan orang-orang shaleh, alim-ulama atau pemuka-pemuka agama jarang sekali mengalami kepikunan. Beberapa waktu yang lalu Kompas Ramadhan memberitakan bahwa puasa dapat memperbaiki dan meningkatkan kinerja sel-sel otak.
No comments:
Post a Comment