Minta maaf banyak2...Madre ni mmg berfikiran agak kolot sikit pasal sambut hari lahir.. Tak ghairah langsung macam org lain yg siap2 nak hadiah apa ke bagai sehingga ada yg merajuk bila tak dapat wish dari kawan2 atau org tersayang. Baru2 ni bila anak tanya ummi nak hadiah apa sempena hari lahir, haaa!!!yg terus terlintas dlm kepala otak Madre oowwwhh...Ummi nak anak2 ummi semua perform SOLAT LIMA WAKTU SETIAP HARI ( full stop). Hadiah itu cukup berharga bagi Madre.
Selain itu, harapan dan doa' Madre minta supaya Allah beri kesihatan fizikal dan mental, rohani dan jasmani sampai mati. Tak nak ler minta panjang umur macam nak menongkat langit, lepas tu menyusahkan org nak menjaga kita. Nau'zubillah.
Balik dari kerja , kebetulan hari tu berpuasa (hari 'Asyura), wahhh!! tengok2 ada kek birthday di atas meja |
Jawapannya
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin baginda berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun, pada 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, atau meninggalkan solat dan sebagainya..... Maka ini jelas menjadi haram.
Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain. (sumber)
Kalau tak mampu??
Kalau tak mampu??
Alaa...Sekadar potong kek utk berbuka puasa nawaitu kena betul ler ye!! |
dua orang ni laa, anak2 Madre yg berkongsi beli kek birthday MOTIF??? uolls juga yg makan, ahahaha saling suap menyuap, saja2 nak buat kecah kan? |
hurmmm...adek n his cuz (zariq) macam kembar tapi yg sorang cerah sikit kulitnya tapi dua2 ada telinga macam astro (capang) ewwww... |
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Ada pulak kawan2 kat pjbt nak raikan birthday Madre padahal Madre tak makan pun kek tu MOTIF SANGAT LA KORANG NIH!!! |
potong kek selepas perhimpunan dan senaman ada2 saja.. layyyaaaaannnn jer.. |
plz arr.. jgn ler buat uwa feeling2 disayangi nnt uwa JATOH CENTA ..susah!!! padahal uwa dah lama dah plan maw opsyen (pencen awal) hohoho |
Hadoiii...Madre rasa macam tak larat lagi nak layan korang , bengang kepala hotak uwa nii... bnyk benda x settle ... TAK MAMPU ... |
1 comment:
haha ummi tacing2 lak......
Post a Comment